100 kit makanan untuk mahasiswa Melaka di Terengganu

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 4 Sept – Kerajaan negeri menyalurkan 100 kit makanan buat anak Melaka yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) di Negeri Terengganu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, sumbangan itu bersesuaian dengan keperluan pelajar dalam waktu pandemik COVID-19 ini.

“Malam ini 12 Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka akan bergerak ke Terengganu dalam misi memberikan bantuan kit makanan kepada pelajar-pelajar kita.

“Mahasiswa kita berada di dua universiti di sana iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Saya difahamkan ada beberapa pelajar menghubungi Pergerakan Pemuda Kota Melaka memaklumkan mereka di sana mempunyai masalah ketika perintah kawalan pergerakan (PKP),” katanya.

SULAIMAN melihat kit makanan yang akan disumbangkan kepada anak Melaka yang menuntut di Terengganu, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada MHI selepas membuat pelepasan konvoi Sumbangan Makanan Pelajar Melaka di UniSZA dan UMT di Seri Bendahara, hari ini.

Sulaiman berkata, sumbangan itu sebagai tanda kerajaan negeri prihatin dengan masalah pelajar di sana.

“Pemuda UMNO yang pergi sana perlu jaga tingkah laku dan saya harap tiba di sana jagalah prosedur operasi standard (SOP) kita.

“Mereka akan sampai esok dan wakil pelajar di sana telahpun diaturkan, saya juga tanya bagaimana dokumen rentas negeri dalam tempoh PKP ini, tapi semua telah pun siap dan saya menegaskan mereka agar sampai di sana jaga untuk tingkah laku,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

949
Kongsi :
Previous post ‘Guru tak mahu vaksin perlu kaunseling’ – KM
Next post 67.4 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Ubah saiz-+=