1,000 malim gunung perhutanan bertauliah tahun depan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 9 Ogos – Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menyasarkan sekurang-kuranganya 1,000 Malim Gunung Perhutanan (MGP) di negara ini memiliki sijil pentauliahan dan kad MGP menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Indera Mohd Ridza Awang berkata, setakat ini seramai 810 MGP yang telah mengikuti kursus ditetapkan.

Katanya, kursus MGP itu merupakan inisiatif baharu JPSM berikutanan kadar kematian yang tinggi membabitkan aktiviti pendakian dan rekreasi.

“Kursus MGP ini merupakan projek perintis yang mula diadakan pada tahun 2020 di Batu Pahat, Johor.

“Kemudian dilaksanakan disemua negeri bermula tahin ini dengan 23 kursus secara keseluruhan dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan dibawah Kumpulan Wang COVID-19 (KWC).

“Apa yang penting kursus dianjurkan memberi manfaat dan peluang pekerjaan luas kepada MGP dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Malim Gunung Perhutanan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 55 MGP negeri ini menerima sijil dan kad pentauliahan MGP selepas menamatkan kursus lima hari bermula 5 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Indera berkata, JPSM bersetuju untuk memperkenalkan program MGP bagi aktiviti pendakian dengan tahap kesukaran yang tinggi dalam kawasan hutan simpanan kekal di Semenanjung Malaysia.

“MGP diperkenalkan untuk menumpukan dalam pengurusan pendakian berisiko dalam kawasan HSK berbanding Jurupandu Alam Semulajadi yang dilatih oleh Jabatan Perhilitan,” katanya.

Views:

1460
Kongsi :
Previous post Pindaan Akta Pengangkutan Jalan untuk hukuman lebih berat kepada mat rempit
Next post MAHA 2022 potensi usahawan Melaka penuhi permintaan dunia
Ubah saiz-+=