10,000 pengunjung dijangka hadir ke Festival Keris Antarabangsa 2022

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

BANDA HILIR 10 November – Kira-kira 10, 000 pengunjung dijangka akan hadir bagi melihat kepelbagaian keris di Festival Keris Antarabangsa Melaka 2022 (FKAM2022), bertempat di Perkampungan Hang Tuah, Kampung Duyong.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Datuk Akramuddin Ab Aziz berkata, selain penduduk setempat dan pelancong, pihaknya turut menjemput pelajar dari institut pengajian tinggi (IPT) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk sama-sama menghadiri festival yang berlangsung selama dua hari itu bermula Sabtu.

“Kita memang mengalu-alukan kedatangan semua ke festival ini kerana pengunjung yang datang bukan sahaja dapat melihat kepelbagai jenis keris malah mereka dapat saksikan bagaimana dari sebatang besi dicanai hingga menjadi sebilah keris.

“Untuk itu kita jangkakan pengunjung yang akan hadir kira-kira 10, 000 termasuk juga pelancong dari luar negara. Malah kita juga menjemput pelajar-pelajar IPT serta IPG untuk turut serta,” katanya.

Menurut beliau, tinggalan sejarah keris ini perlu diwarisi untuk generasi akan datang bagi daripada terus lenyap ditelan zaman sedangkan suatu masa dahulu keris ini adalah senjata yang digunakan bagi mempertahankan diri.

“Untuk festival itu nanti kita sediakan 20 buah khemah pameran malah ia turut membabitkan
Persatuan Warisan Adat Keris Melaka (PEWARIS) dan saya dimaklumkan turut mendapat permohonan daripada Institut Tun Perak.

“Justeru itu saya menyeru supaya orang ramai khususnya penduduk Melaka untuk datang serta menyaksikan sendiri kepelbagaian keris yang ada malah pelbagai aktiviti lain termasuk tayangan wayang pacak, persembahan silat dan gendang sialt serta pertandiangan keris,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Perzim Drs Mohd Nasruddin Rahman berkata, sehigga kini tiga negara nusantara termasuk Singapura menyatakan persetujuan untuk menyertai festival ini dan kini pihaknya masih menunggu maklum balas dari Brunei,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2265
Kongsi :
Previous post Bukan janji gula-gula, tapi janji boleh dilaksana
Next post Enam tong ammonia bocor, treler terbabas
Ubah saiz-+=