116 calon SPM tidak duduki peperiksaan akibat COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 9 Feb – Akibat dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin seramai 116 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan menduduki pemeriksaan itu mengikut jadual ditetapkan.

EXCO Pendidikan negeri Datuk Rais Yasin berkata, calon berkenaan dijangka akan menduduki peperiksaan itu April depan.

Beliau berkata, kesemua mereka tidak dapat menduduki ujian lisan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Amali Sains bermula 8 hingga 24 Feb.

“Kita simpati kerana seramai 116 calon SPM tidak dapat mengambil peperiksaan berikutan ada yang positif dan sedang menjalani kuarantin.

“Mereka ini Insyaallah, jika tidak ada aral melintang akan mengambil SPM pada April nanti,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Akademi Ragbi Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas, hari ini.

Rais berkata, berdasarkan perkembangan semasa seramai 50 orang pelajar didapati positif COVID-19 manakala sejumlah 206 lagi sedang menjalani kuarantin.

“Sehingga hari ini juga seramai 179 orang murid yang sebelum ini didapati positif sudah sihat manakala 690 orang sudah dipotong gelang.

“Untuk itu tiada keperluan menutup sesi persekolahan kerana kluster pendidikan terkawal,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, JPN tidak menghalang penguatkuasa kesihatan untuk melakukan pemantauan dan pemeriksaan di sekolah-sekolah bagaimanapun perlu memaklumkan terlebih dahulu supaya tidak timbul sebarang kekeliruan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1100
Kongsi :
Previous post Akademi ragbi Melaka di SMK Telok Mas
Next post Syarikat pemaju mahu selesai kes saman Melaka Gateway di luar mahkamah
Ubah saiz-+=