Sorting by

×

Akademi ragbi Melaka di SMK Telok Mas

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 9 Feb – Pemilihan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas sebagai Akademi Ragbi Melaka bakal melahirkan lebih ramai pelapis sukan lasak itu untuk mewakili negeri ini ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

EXCO Pendidikan negeri, Datuk Rais Yasin berkata, akademi beroperasi sejak dua tahun lalu itu mempunyai 40 orang pemain dalam kalangan pelajar terpilih yang berbakat dalam sukan ragbi.

Beliau berkata, pemain akademi membabitkan pelajar tingkatan satu hingga lima dan ditubuhkan dibawah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bersama Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN).

“Ini adalah akademi pertama di Melaka yang mana pelajar-pelajar ini dipilih melalui ‘Talent Identification’ selepas lulus barulah layak sertai akademi ini.

“Jurulatih pula dalam kalangan guru aktif dalam sukan lasak ini. Selain itu Pasukan Ragbi Melaka juga memberi tunjuk ajar kepada pemain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Akademi Ragbi Melaka, yang turut dihadiri Presiden Melaka Rugby Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Menurut, meskipun ditubuhkan sejak dua tahun lalu namun aktiviti latihan tidak dapat dijalankan 100 peratus berikutan pandemik COVID-19 selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Saya harap kelak apabila keadaan kembali normal latihan dapat dijalankan sepenuhnya, kita nak cungkil bakat pemain ini sebagai persiapan ke peringkat tertinggi.

“Kita mempunyai perancangan yang besar untuk akademi ragbi ini, kertas kerja sedang disiapkan.

“Pelajar jika cemerlang dalam sukan dan akademik mereka akan diserap terus ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT),” katanya.

Mengulas lanjut, Rais berkata, dengan 40 pelajar yang ada ini beliau berharap akan menghasilkan kejayaan sebagai pemangkin dan kesinambungan untuk sukan lain mengikut langkah sama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2381
Kongsi :
Previous post Tun M hampir pulih, boleh lakukan aktiviti harian
Next post 116 calon SPM tidak duduki peperiksaan akibat COVID-19
Ubah saiz-+=