1,400 rakyat Melaka kurang berkemampuan bakal terima sumbangan Aidilfitri

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

LENDU 1 Mei. – Seramai 1,400 orang terdiri daripada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bakal diberikan sumbangan Aidilfitri berupa wang tunai RM200 setiap seorang.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, bantuan bernilai RM280,000 itu diperuntukkan menerusi Tabung Wang Amanah Kebajikan Negeri Melaka (TWAKNM) yang julung kali dikeluarkan untuk sumbangan Aidilfitri.

Katanya, buat permulaan 250 penerima di Parlimen Masjid Tanah akan menerima bantuan itu diikuti dengan parlimen lain yang akan diagihkan berperingkat selepas ini.

PRIHATIN… Sulaiman menyampaikan sumbangan kepada seorang daripada penerima.

“Alhamdulillah setiap kali tiba musim perayaan utama, Kerajaan Negeri Melaka tidak pernah lupa untuk hulurkan sumbangan kepada rakyat yang kurang bernasib baik dan kali ini kita memperuntukkan sejumlah RM280,000 daripada TWAKNM kepada mereka yang memerlukan.

“Walaupun dalam tempoh sukar pandemik COVID-19, rezeki untuk rakyat di negeri ini tidak pernah putus-putus. Di pelbagai peringkat ada sahaja sumbangan yang diberikan sama ada daripada orang perseorangan mahupun wakil rakyat.

“Saya percaya sumbangan kebajikan ini sudah menjadi santapan nurani pemimpin negeri masa kini dan saya berharap usaha ini terus dilaksanakan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Japerun DUN Lendu, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Wira Latipah Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN) Kuala Linggi Datuk Wira AR Ismail Othman dan ADUN Tanjung Bidara Datuk Md Rawi Mahmud.

SULAIMAN menyantuni seorang penerima sumbangan Aidilfitri pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021 Negeri Melaka, di Dewan Japerun Lendu.

Dalam majlis sama, Sulaiman melakukan simbolik penyerahan 10 bakul makanan PERMAI bernilai RM100 setiap satu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

448
Kongsi :
Previous post Penerima bantuan JKM dijangka terus meningkat- Rina
Next post Cadang wujudkan jalan empat lorong di Masjid Tanah
Ubah saiz-+=