Penerima bantuan JKM dijangka terus meningkat- Rina

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

PAYA LEBAR 1 Mei. – Individu yang menerima bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara dijangka meningkat berikutan peningkatan kes pandemik COVID-19 di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, hal itu terbukti selepas pihaknya menerima lebih 500,000 penerima bantuan direkodkan JKM berbanding 496,000 direkodkan tahun lalu.

“Dalam tempoh suku pertama tahun ini, jumlah penerima bantuan JKM telah bertambah sebanyak 34,000 penama menjadikan jumlah terkini seramai 530,000 orang.

“Kita lihat akibat daripada pandemik Covid-19 permohonan-permohonan kepada JKM terus meningkat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Makanan Bakul Permai kepada penerima JKM dan Pelancaran Sukarelawan Masjid Tanah (Smart) di Kolej Kemahiran Tinggi Melaka, Paya Lebar di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalannya Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

ANTARA penerima yang hadir menerima bantuan wang tunai selepas merasmikan program terbabit

Dalam pada itu katanya, lebih 10,000 warga emas telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau berkata, JKM menyediakan sukarelawan yang pergi dari satu rumah ke rumah yang lain khas untuk membantu masyarakat khasnya warga-warga emas yang memerlukan bantuan.

“Jadi, anak-anak tidak perlu risau dan terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita mengambil maklum kesulitan yang dihadapi oleh anak-anak yang tidak dapat merentas negeri melihat keadaan ibu bapa yang telah berusia dan menguruskan permohonan vaksin mereka.

“Namun sekiranya ada yang memerlukan bantuan untuk pengurusan vaksin ini boleh berhubung dengan sukarelawan Khidmat Bantu Di rumah (Home Service).

“Mereka akan datang rumah ke rumah untuk memberikan bantuan pendaftaran dan sebagainya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

690
Kongsi :
Previous post Majikan wajib lapor kemalangan, kematian pekerja
Next post 1,400 rakyat Melaka kurang berkemampuan bakal terima sumbangan Aidilfitri
Ubah saiz-+=