15 tahun tidak pernah lupa anak yatim, asnaf menjelang lebaran

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDARAYA MELAKA 30 Mac – UMNO Cawangan Baruh Alai meneruskan tradisi pembelian baju raya kepada golongan memerlukan sempena lebaran tahun ini.

Ketua UMNO Cawangan Baruh Alai Datuk Akramuddin Abd Aziz berkata, pemberian sumbangan tersebut memasuki tahun ke-15 dianjurkan yang mana ia melibatkan anak-anak yatim, asnaf dan penghuni Rumah Orang Tua di sekitar kawasan Alai untuk dibantu.

Katanya, untuk program tahun ini, seramai 40 anak yatim dan anak asnaf bersama tujuh warga emas dibawa ke sebuah pusat beli belah untuk memilih sendiri baju raya yang diidamkan mereka.

“Setiap daripada mereka menerima RM200 dan diberi kebebasan untuk memilih pakaian dan kelengkapan raya pada tahun ini.

“Alhamdulillah kami berasa amat gembira apabila melihat senyuman terukir di wajah anak-anak dan warga emas ini.

“Terima kasih diucapkan kepada penyumbang-penyumbang, terutamanya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman yang sentiasa memberikan sokongan untuk kami menggerakkan program membantu insan memerlukan,” katanya kepada pemberita pada program berkenaan.

Tambah Akramuddin, pihaknya bersama jawatankuasa terlibat komited untuk terus menganjurkan program seumpamanya bagi memastikan kebajikan rakyat dan penduduk memerlukan di kawasan Alai dan Negeri Melaka terbela, terutama ketika musim perayaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

74
Kongsi :
Previous post Berbuka puasa selambak DUN Rim meriah
Next post SWM Environment tumpu lokasi panas, pastikan longgokan sampah terkawal
Ubah saiz-+=