Berbuka puasa selambak DUN Rim meriah

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

RIM 30 Mac – Sebanyak 300 kupon bernilai RM20 diagihkan kepada pengunjung menerusi penganjuran Program Berbuka Puasa Selambak dan Kacau Dodol Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim 2024, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, insiatif itu secara tidak langsung membantu peniaga di Bazar Ramadan Stadium Jasin untuk menjana pendapatan.

Whatsapp Image 2024 03 30 At 11.04.39 Am
KHAIDHIRAH bergambar bersama pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang hadir.

“Selain mengimarahkan acara makan beramai-ramai secara ‘outdoor’ ini, kita dapat membantu peniaga bazar Ramadan di sini.

“Dengan pemberian kupon bernilai RM20 kepada 300 pengunjung terawal yang membuat pendaftaran di ‘Google link’, mereka (pengunjung) dapat membeli makanan di bazar ini.

“Pada masa sama kita dapat menyokong dan memperkasakan lagi peniaga-peniaga tempatan di sini,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di Stadium Jasin di sini, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, berkata penganjuran prgram itu buat kali kedua tahun ini mendapat sambutan menggalakkan.

“Alhamdulillah hampir 500 pengunjung yang datang hari ini (semalam), Insya-Allah kita akan jadikan program ini sebagai acara tahunan setiap kali Ramadan.

“Selain berbuka puasa kita juga mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan kepada penerima DUN Rim dengan kerjasama Yayasan Telekom Malaysia (TM) Cawangan Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

166
Kongsi :
Previous post Polis tembak mati lima penjenayah di Putra Heights
Next post 15 tahun tidak pernah lupa anak yatim, asnaf menjelang lebaran
Ubah saiz-+=