1,517 graduan terima diploma pada Konveksyen PMM ke-21

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

MERLIMAU 6 November – Seramai 1,517 graduan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menerima segulung diploma pada Istiadat Konvokesyen PMM kali ke-21 yang diadakan di Dewan Platinum PMM pada 4 dan 5 November lalu.

Pengarah PMM, Norizam Sekak memaklumkan istiadat konvokesyen kali ini turut memberi penghargaan dan penghormatan kepada pelajar menerusi Anugerah Pengarah, Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum (Jabatan) dan Anugerah Khas Jabatan.

Katanya, memasuki tahun 2023, PMM telah melahirkan seramai 28,833 graduan dan kadar kebolehpasaran PMM pada tahun lalu berada pada tahap tertinggi.

“Pada tahun 2022, kadar kebolehpasaran produk PMM mencatatkan 99.6 peratus dan daripada jumlah tersebut sebanyak 82.5 peratus telah memperoleh pekerjaan manakala 58.3 peratus perolehi pekerjaan sepadan dengan bidang yang dipelajari di PMM.

“Sejumlah 17.1 peratus lagi telah melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi manakala 7.3 peratus telah menceburi bidang keusahawanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norizam turut memaklumkan PMM mempunyai hasrat untuk meningkatkan graduan usahawan dalam semua bidang akademik bagi mencapai 20 peratus menjelang tahun 2028.

Jelasnya berkonsepkan ‘hybrid TVET (Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional)’, beliau jamin gabungan integrasi pengetahuan pelbagai disiplin ilmu dapat dicapai.

“PMM sentiasa komited dengan cabang penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan, di mana satu kajian telah dilaksanakan oleh sekumpulan academia PMM berkaitan proses penghasilan produk daripada buah Melaka, yang baharu sahaja dilancarkan bulan lalu.

“Produk yang diberi nama McLiva, satu jenis minuman keremajaan ini telah mendapat kelulusan standard analisis makmal bioteknologi Amalan Perkilangan Baik atau Good Manufacturing Practise (GMP) dan telah pun dipasarkan secara komersial,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1678
Kongsi :
Previous post MARA teliti keperluan naikkan kadar biasiswa
Next post Jaguh rejam lembing antara penerima Anugerah Pelajaran Diraja UTeM
Ubah saiz-+=