
16 keluarga ‘tumpang’ balai raya
DURIAN TUNGGAL 17 Mei.- Sekurang-kurangnya 16 keluarga terpaksa dipindahkan sementara di Balai Raya Bukit Balai, dekat sini, setakat jam 12 tengah hari tadi susulan banjir melanda beberapa kawasan di sini.
Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, setakat ini pihaknya belum membuka Pusat Pemindahan Sementara (PSP) berikutan masih memantau keadaan air dari semasa ke semasa.

“Kita masih memantau keadaan paras air di kawasan terjejas. Jika didapati keadaan berbahaya kerana air semakin meningkat barulah PSP akan dibuka yang diputuskan oleh pegawai daerah.
“Setakat ini maklumat daripada anggota dan pegawai di lapangan memaklumkan ada mangsa banjir berpindah ke rumah keluarga dan tidak semua pergi ke balai raya berkenan,” katanya dihubungi di sini.

Difahamkan antara kawasan terjejas termasuk di Bukit Tambun, Bukit Balai, Padang Keladi, pekan Durian Tunggal dan Taman Seri Tuah Permai.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SALIRAN TERSUMBAT, ISU KOLAM TAKUNGAN ANTARA PUNCA BANJIR KILAT SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 17 November - Permasalahan berkaitan sistem saliran dan penyelenggaraan kolam takungan dikenal pasti sebagai antara faktor menyumbang kepada...
TOK HAMEED TURUN PADANG, NASIB TUJUH BERANAK DITIMPA MUSIBAH DIBERI PERHATIAN
AYER LIMAU 17 November β Kejadian bumbung kediaman runtuh yang menimpa sebuah keluarga membabitkan tujuh beranak di Jalan Bilal Mamat,...
MISI 100 HARI BERMULA, AZRIL KOMITED JAYAKAN ‘TEKAD KELUARGA REMBIA’
REMBIA 17 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz memulakan tugas rasmi hari pertamanya dengan...
ISU BANJIR SERKAM: TOK MAN TURUN PADANG, TINJAU KEADAAN
SERKAM 17 November - Masalah banjir berulang di persimpangan lampu isyarat berhadapan Pondok Polis Serkam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan...
JEZLEE SEDIA DENGAR, TELITI SETIAP ADUAN RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 17 November - Pelbagai aduan penduduk Sungai Rambai yang disuarakan menerusi media sosial akan diteliti bagi mengenal pasti...
ADUAN PENDUDUK LENDU KINI DI HUJUNG JARI, WHATSAPP KHAS DIBUKA
LENDU 17 November β Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Lendu kini mempunyai saluran lebih mudah dan pantas...
