DMDI gesa tentera pengaman PBB ke Gaza

Masa Membaca:53 Saat

MELAKA 17 Mei – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar tentera pengaman ke Gaza bagi menghalang tentera Israel daripada terus melakukan serangan ke atas rakyat Palestin.

Presidennya, Tun Mohd Ali Rustam, berkata DMDI berpandangan tindakan keganasan Israel itu perlu dihentikan segera dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

“PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hendaklah segera bersidang menuntut Israel menghentikan segera keganasan ini yang melanggar hak asasi manusia untuk rakyat Palestin hidup aman damai dalam negara mereka sendiri.

“DMDI menuntut negara-negara besar segera mengenakan sekatan ekonomi ke atas Israel supaya Israel mendapat pengajaran terutamanya dalam menghormati hak asasi manusia dan rakyat Palestin dapat hidup dalam keadaan aman dan damai,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohd Ali yang juga Yang Dipertua Negeri Melaka berkata DMDI juga menggesa kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah (EU), China dan Russia dapat memainkan peranan dengan memberikan tekanan antarabangsa terhadap Israel. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

306
Kongsi :
Previous post 16 keluarga ‘tumpang’ balai raya
Next post 40 mangsa banjir di kawasan Sungai Putat dipindahkan akibat banjir
Ubah saiz-+=