LPM, MAIM BANTU SEDIAKAN KEMUDAHAN SELESA UNTUK WARGA RIM

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

RIM 21 September – Lebih 100 kediaman penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim dipilih untuk dibaik pulih dan dibina baharu menerusi pelbagai inisiatif dilaksanakan jabatan serta agensi Kerajaan Negeri Melaka setakat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, terbaharu Lembaga Perumahan Melaka (LPM) meluluskan bantuan bina baharu kepada empat penerima, sementara itu Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pula meluluskan peruntukan baik pulih dua kediaman.

“Insya-Allah LPM akan uruskan semua proses dari awal hingga siap kediaman baharu kepada penduduk, sementara itu bagi baik pulih MAIM menyalurkan RM5,000 bagi setiap kediaman.

“Aspek keselesaan dan kesejahteraan kehidupan rakyat menjadi antara keutamaan dalam usaha menyelesaikan keperluan asas penduduk di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Penyerahan Kelulusan Projek Bina Baru Rumah, Sumbangan Baik Pulih Rumah MAIM dan Penyampaian Tunai serta Kit Makanan sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Rim yang turut dihadiri Pegawai Daerah Jasin Datuk Rahizi Ranom di Kampung Terentang, di sini, hari ini.

Katanya, komitmen berkenaan akan diteruskan dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Lembaga Perumahan Melaka (LPM) bagi memastikan permohonan yang diluluskan dapat diselesaikan.

“Insya-Allah komitmen daripada pihak LPM akan membantu sehingga ia selesai dan dipermudahkan segala-galanya.

“Aspek keselesaan dan kesejahteraan kehidupan rakyat menjadi antara keutamaan dalam usaha menyelesaikan keperluan asas penduduk di kawasan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

357
Kongsi :
Previous post PEMERKASAAN ALAM SEKITAR MELAKA BUKAN AGENDA SAMPINGAN – AB RAUF