
17 kediaman musnah dalam kebakaran di Bukit Malut, Langkawi
ALOR SETAR, 16 Mac – Sebanyak 17 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Malut, Langkawi dekat sini petang semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.47 petang berhubung insiden itu.
“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra serta Langkawi bersama jentera telah ke lokasi kejadian. Bomba menggunakan kaedah pemadaman secara tiga aliran dan enam pancutan dari tangki jentera.
“Kebakaran melibatkan dua rumah kelas A yang musnah di antara 50 hingga 80 peratus, sebuah rumah kelas B (95 peratus) dan 14 rumah kelas C yang musnah 95 peratus,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 7.47 malam dan api telah dapat dipadam sepenuhnya pada 10.47 malam.
“Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
MeSRa MAHASISWA SUNTIK SEMANGAT ANAK MELAKA KE IPT
SERI NEGERI 3 Oktober - Inisiatif Kerajaan Negeri di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Mahasiswa memberi suntikan semangat kepada...
11.2 JUTA PELANCONG KE MELAKA SETAKAT OGOS, JANA EKONOMI RM11.32 BILION
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka merekodkan kehadiran lebih 11.2 juta pelancong sehingga Ogos 2026, dengan anggaran sumbangan sebanyak RM11.32...
MELAKA TEROKA PELANCONGAN SUKAN, SASAR ACARA BERTARAF DUNIA
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka sedang meneroka pelancongan sukan sebagai produk baharu bagi menarik lebih ramai pelancong menerusi penganjuran...
