177 pelajar mula terima vaksin dos pertama semalam – KM

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 22 Sept. – Kerajaan negeri merekodkan seramai 177 pelajar berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin bagi dos pertama setakat 12 tengah hari semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pelajar yang mendapat dos kedua vaksin pula adalah seramai 43 orang.

Katanya, keseluruhannya seramai 75, 489 pelajar di negeri ini akan menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Semalam setakat jam 12 tengah hari jumlah pelajar berusia 16 hingga 17 tahun yang mendapat dos pertama 120 orang (0.49 peratus), bagi dos kedua seramai 27 orang (0.11 peratus).

“Manakala bagi murid berusia 12 hingga 15 tahun yang menerima suntikan vaksin dos pertama seramai 57 orang (0.11 peratus) dan dos kedua 16 orang (0.3 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Tun Muktahir di Seri Negeri hari ini.

Jelasnya, daripada jumlah pelajar seramai 24,244 pelajar berusia 16 hingga 17 tahun masih belum menerima vaksin.

“Manakala seramai 51,125 murid berusia 12 hingga 15 tahun turut belum divaksin daripada jumlah keseluruhan seramai 51,182 murid.

“Bagi murid atau pelajar yang dah terima dos kedua ini sebab ibu bapa mereka sudah ambil vaksin lebih awal untuk anak-anak mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

376
Kongsi :
Previous post TS35 sesuai pada masanya – Pembangkang
Next post Melaka tidak tergesa-gesa buka sektor pelancongan tanpa SOP mantap- Muhammad Jailani
Ubah saiz-+=