
184 warga MISDEC bantu cuci rumah, surau terkesan banjir
AYER LIMAU 29 Dis – Seramai 184 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dan pelatih Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka (MISDEC) terlibat usaha membantu mangsa banjir di Kampung Telok Berembang, Lubok China, baru-baru ini.
Program itu telah diketuai oleh Pengarah Eksekutif MISDEC Haiqal Syukri Jantan.
Haigal Syukri berkata, misi bantuan itu melibatkan kerja-kerja pembersihan membabitkan enam buah rumah penduduk dan sebuah surau yang terkesan dalam musibah banjir, baru-baru ini.

Pada masa sama, katanya, MISDEC turut memberi sumbangan berbentuk barangan keperluan, tilam dan bantal, barangan pembersihan, makanan dan wang tunai kepada kepada 10 buah rumah yang terlibat dengan menggunakan wang sumbangan yang terkumpul berjumlah RM 6,420.
“Diharap melalui misi ini ia dapat membantu dalam meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terlibat di kawasan ini.
“Pada masa sama, ia diharap dapat memupuk nilai persaudaraan dan kemanusiaan di antara masyarakat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SUMBANG MESIN RUMPUT BANTU ASNAF SARA KELUARGA
PENGKALAN BATU 21 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus prihatin dengan nasib asnaf apabila bukan sahaja membantu dalam...
PENJAGA ARTIFAK, WARISAN MELAKA JUGA PERLU SIHAT DAN CERGAS
BANDA HILIR 21 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) tidak mahu ketinggalan untuk memupuk amalan budaya hidup sihat dalam kalangan...
MENARA TAMING SARI LEBIH MERIAH BILA ADA ZON BEBAS KENDERAAN
KOTA LAKSAMANA 21 Oktober - Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir berjaya meningkatkan jumlah pengunjung ke Menara Taming Sari...
BN MAHU ‘BIRUKAN’ EMPAT DUN DALAM PARLIMEN HANG TUAH JAYA – RIDHWAN
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan di kesemua empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah...
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
