
2 lagi kluster baharu, 17 kematian di Melaka
AYER KEROH 30 Julai – Melaka merekodkan pertambahan dua lagi kluster baharu hari ini, membabitkan sebuah pusat jagaan dan tempat kerja.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan kluster pertama dikenali sebagai Kluster Jalan Saujana Indah iaitu sebuah pusat jagaan di daerah Melaka tengah yang telah merekodkan 20 kes positif COVID-19 setakat ini.
Manakala, satu lagi kluster ialah Kluster Jalan Masjid Tanah Ria membabitkan pasar raya di daerah Alor Gajah yang mula dikesan menerusi saringan bergejala sebelum menular ke tempat kerja dan asrama pekerja.
Kluster itu setakat ini merekodkan 50 kes positif COVID-19.
Selain kluster baharu, JKN Melaka turut memaklumkan 581 kes positif dikesan hari ini dengan majoritinya membabitkan kontak rapat keluarga iaitu sebanyak 320 kes.
Ia diikuti dengan 107 kes yang dikesan menerusi saringan bergejala dalam kalangan orang ramai, 53 kes dari kluster kilang, 50 kes tempat kerja bukan kilang, dan tiga kes institusi penjara.
“Sehingga kini, terdapat 4,876 kes masih dirawat di hospital serta PKRC awam dan swasta dan daripada jumlah itu, 92 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 23 memerlukan bantuan pernafasan.
“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 17 kes kematian yang dilaporkan di Melaka,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DALAM INDUSTRI TENAGA GLOBAL – PMX
ALOR GAJAH 24 Jun – Malaysia kini memiliki jaminan bekalan gas antara yang terbesar di dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan...
ANWAR PUJI PERANAN PENJAWAT AWAM TINGKAT PRESTASI MALAYSIA DALAM RANKING DAYA SAING DUNIA
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kecekapan dan komitmen penjawat awam negara yang menjadi...
ANWAR MINTA JANGAN ‘PANASKAN’ SUASANA, PILIHAN RAYA BIAR ANTARA PARTI
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya tidak 'memanaskan' suasana susulan polemik...
PERDANA MENTERI HARGAI SUMBANGAN PENJAWAT AWAM PACU KEMAJUAN NEGARA
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sistem kenaikan pangkat dan pengiktirafan dalam perkhidmatan awam...
WRUR RIM: ISU ANJING LIAR ANTARA 40 ADUAN DITERIMA MPJ
RIM 24 Jun - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerima lebih 40 aduan daripada penduduk sempena pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk...
WRUR RIM: BUKA PERSPEKTIF BAHARU URUS SISA, HASILKAN BAJA ORGANIK
RIM 24 Jun - Peluang menyertai program pembuatan baja organik memberi nilai tambah kepada penduduk apabila didedahkan dengan teknik penghasilan...
