20 keluarga asnaf terpilih terima sumbangan Hari Raya

Masa Membaca:42 Saat

JASIN 7 Mei. – Seramai 20 keluarga asnaf dan anak yatim Sekolah Kebangsaan (SK) Chinchin, dekat sini, menerima sumbangan kit makanan, pakaian dan duit raya di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum SK Chinchin Ariff Anwar Mustahil berkata, sumbangan itu adalah satu daripada pengisian aktiviti Kasih Ramadan 1442H/Tahun 2021 Unit Kokurikulum SK Chinchin.

“Seramai 20 keluarga asnaf dan anak yatim ini terpilih menerima sumbangan daripada pihak AEON Mall Bandaraya Melaka menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat.

“Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat menggembirakan hati dan membantu meringankan beban keluarga mereka dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti,” katanya kepada MHI.

Sumbangan keseluruhan kit makanan itu bernilai RM3,000 dan telah disampaikan oleh Pengurus pusat beli-belah AEON Mall Bandaraya Melaka, Mohd Johan Rahim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

795
Kongsi :
Previous post Remaja maut digilis treler
Next post Tangan budak 10 tahun hancur tersepit mesin tebu
Ubah saiz-+=