Remaja maut digilis treler

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

KELEMAK 7 Mei. – Seorang remaja lelaki maut digilis treler di laluan masuk stesen minyak Caltex di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, mangsa P Pannir Selvam, 21, beralamat di Taman Desa Permai Selaru, Kuala Pilah, Negeri Sembilan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

MANGSA…Panir Selvam maut di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas digilis treler.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati pemandu treler, P Ramadas, 60, memandu kenderaan berat itu dari arah kawasan perindustrian Kelemak menghala ke stesen Minyak Caltex, manakala mangsa dari Alor Gajah menghala ke arah Rembia.

Katanya, motosikal Honda EX5 ditunggangi Pannir Selvam kemudian bergesel dengan bahagian sisi kiri treler terbabit menyebabkan dia terjatuh.

“Mangsa yang terjatuh di bawah tayar kemudian digilis dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayatnya dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat manakala treler serta motosikal ditahan untuk pemeriksaan Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer),” katanya dihubungi di sini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1100
Kongsi :
Previous post COVID-19: 4,498 kes baharu direkodkan hari ini
Next post 20 keluarga asnaf terpilih terima sumbangan Hari Raya
Ubah saiz-+=