Sorting by

×

200 penari gamatkan pentas Hari Malaysia 2022

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 14 September – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) membawa 200 artis kebudayaannya bagi menyajikan empat segmen muzikal pada sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan, Jumaat ini.

Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Alias berkata setakat ini hampir 70 peratus artis kebudayaan telah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menghiburkan tetamu dan pengunjung yang hadir.

“Daripada segi persembahan penari JKKN sudah bersedia, muzik juga dah selesai dipilih cuma kita harapkan raptai pada hari ini dan raptai penuh esok (Khamis) jam 9 malam.

“Kita harap ramai pengunjung akan turut serta dengan pakaian tradisional era 60 an untuk menyuntik semangat patriotik.

“Ada empat segmen muzikal yang diselitkan dengan monolog penceritaan tentang penubuhan Hari Malaysia pada 16 September 1963” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2022-09-14 at 12.45.36 PM
EZLINA

Katanya, monolog tersebut bagi memberi pengetahuan kepada pengunjung detik bagaimana Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bersama Persekutuan Tanah Melayu.

“Jarang tahu hari penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, empat segmen tersbeut akan menyuntik semangat patriotik selaras dengan tema kita ‘patriotisme flashback’.

“Terdapat persembahan daripada artis JKKN, Bridged Seni Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) serta dikir barat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2149
Kongsi :
Previous post Hari Malaysia 2022: Panorama Melaka sedia dua bas percuma untuk pengunjung
Next post Jalan Parameswara Banda Hilir ditutup sementara 14-16 September – MBMB
Ubah saiz-+=