
Jalan Parameswara Banda Hilir ditutup sementara 14-16 September – MBMB
BANDA HILIR 14 September – Laluan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Francis ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di sini ditutup sementara dari hari ini sehingga 16 September (Jumaat).
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu berkata penutupan sementara jalan itu melibatkan Jalan Parameswara di Banda Hilir.
Ujarnya, penutupan sementara itu juga bagi memberi laluan kerja-kerja persiapan awal bagi Program Sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan pada 16 September 2022 jam 8 malam.
“Laluan ditutup bermula dari hadapan SMK St Francis ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir.
“kita juga akan menempatkan anggota-anggota penguatkuasa di lokasi tersebut bagi membantu aliran trafik dan parkir di laluan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DEWAN TERBUKA DILENGKAPI GELANGGANG ‘PICKLEBALL’ SIAP HUJUNG JUN 2026
AYER KEROH 1 Mei – Sebuah dewan terbuka lengkap dengan kemudahan sukan di Taman Ara Permai sedang dibangunkan dan dijangka...
WRUR: MPHTJ PERKASA KESEJAHTERAAN, CAKNA KEBAJIKAN WARGA DUN AYER KEROH
AYER KEROH 1 Mei - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) antara agensi utama Kerajaan Negeri yang bersama-sama turun padang...
MPHTJ ARAH PEMAJU HENTI OPERASI SUSULAN BANJIR LUMPUR
AYER KEROH 30 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengarahkan sebuah syarikat pemaju menghentikan kerja pembangunan susulan kejadian...
WRUR AYER KEROH: DEWAN TERBUKA RANCAKKAN AKTIVITI KOMUNITI SUNGAI PUTAT
AYER KEROH 30 April – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengadakan lawatan kerja bagi meninjau perkembangan pembinaan...
WRUR AYER KEROH: KARYA WARGA SMK MUNSHI ABDULLAH BANGKITKAN SEMANGAT KEPAHLAWANAN
AYER KEROH 30 April - Mural inspirasi bertemakan ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’ sentuhan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)...
KLIK DAN IMBAS: MAIM PERMUDAH KAEDAH BERSEDEKAH SECARA DIGITAL
PENGKALAN BATU 30 April - Hanya dengan satu klik dan imbas kod respon pantas (QR) tertera pada poster anda boleh...

