2023, Merlimau lebih ‘bercahaya’

Masa Membaca:3 Minit, 5 Saat

MERLIMAU 11 Januari – Warna-warni cahaya neon yang menerangi Dataran Orang Kampung bakal menjadi satu mercu keunikan baharu di Merlimau sepanjang tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh, transformasi dataran itu diilhamkan daripada konsep Dataran Tanjung Agas, Muar yang disinari cahaya lampu neon pada waktu malam.

I-CITY KEDUA NEGARA

Pada masa sama, beliau mahu menjadikan Merlimau sebagai lokasi’I-City’ kedua di negeri ini dalam menarik kehadiran lebih ramai pelancong.

“Kini Dataran Orang Kampung akan dilimpahi dengan cahaya neon dan LED yang mana ia akan menjadikan kawasan itu sebagai antara tarikan di negeri ini dan lokasi riadah untuk seisi keluarga.

“Ini merupakan sebagai ‘I-City’ kedua yang ada di Melaka di mana kita akan terangkan kawasan ini dengan warna-warni lampu neon sebagai tarikan untuk lebih ramai keluarga menjalankan aktiviti riadah di kawasan ini.

“Malah, kita juga akan bangunkan dengan pelbagai lagi limpahan cahaya neon yang akan dipasang di sepanjang Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) menuju ke Merlimau,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

3
ANTARA lampu neon yang bakal menghiasi malam di Merlimau.

SANTAI DAN BERIADAH

Dr Muhamad Akmal berkata, Dataran Orang Kampung yang dinaik taraf itu berupaya menarik kehadiran orang ramai dan pelancong berikutan pelbagai tarikan baharu akan dibangunkan di kawasan itu.

2

Katanya, selain lampu neon, kawasan itu juga boleh dijadikan kawasan riadah dengan membangunkan sebuah taman rekreasi baharu yang membolehkan orang ramai beriadah dan bersantai bersama keluarga.

Menurutnya, pembangunan tarikan baharu itu menelan kos kira-kira RM450,000.

“Kita juga melihat adanya keperluan menaik taraf padang bola sepak di Dataran Orang Kampung yang mana apabila ia siap nanti anak-anak muda boleh bersukan pada bila-bila masa dari siang hingga malam.

“Kita percaya, selain menarik kehadiran pengunjung, kerja-kerja ini juga berupaya mencungkil bakat sukan anak muda dalam bidang sukan antaranya bola sepak, futsal dan papan selaju.

“Kita harap apa yang dibangunkan ini membawa satu lembaran baharu buat warga Merlimau dan pada masa sama menarik lebih ramai orang luar datang ke kawasan ini,” katanya.

6
MENJADI tempat untuk keluarga bersantai.

SKATE PARK ILHAM PA’DIN MUSA

Dalam pada itu, Dr. Muhamad Akmal turut berkongsi perkembangan terkini pembangunan taman ekstrem papan selaju yang diilhamkan daripada bintang ‘skateboard’ negara, Pa’din Musa.

Jelasnya, setakat ini, kerja-kerja pembinaan taman ekstrem itu giat dijalankan bersebelahan Dataran Orang Kampung yang mana ia dijangka siap pada Mac atau April tahun ini.

“Setakat ini kerja-kerja pembinaannya sedang dibangunkan menelan peruntukan sebanyak RM325,000 dan dijangka menjelang Mac atau April depan taman ini boleh digunakan oleh orang ramai.

“Kita mendapatkan pandangan Pa’din Musa sendiri bagi pembangunan taman ekstrem ini kerana kita mahu bangunkan tarikan sukan ini mengikut keperluan kesesuaian kepada anak muda masa kini.

“Dengan adanya taman ini kita harap agar ia mampu mengasah bakat anak muda dalam sukan papan selaju ini.

“Manalah tahu jika suatu hari nanti bakal pengganti Pa’Din Musa adalah orang yang datang dari Merlimau,” katanya.

5
AKMAL

BIODATA

Nama: Dr Muhamad Akmal Saleh
Umur: 34

Karier:-
– Exco Kesihatan dan Anti Dadah (2021 – kini)
– Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau (2018 – kini)
– Doktor Perubatan

Pendidikan:-
– Ijazah Perubatan Russian State Medical University

Politik:-
– Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka (2018 – kini)
– Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Jasin (2018 – kini)

INFO DUN MERLIMAU

Jumlah pengundi : 18,412

Kampung : 10
Taman Perumahan : 22

Rumah Ibadat:-
Masjid: 5
Surau: 21
Tokong: 4
Kuil: 4
Gereja: 2

Institusi Pendidikan:-
Sekolah Kebangsaan: 5
Sekolah Menengah: 3
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina: 2
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil: 2
Sekolah Rendah Agama JAIM: 4
Sekolah Pendidikan Khas: 1

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7308
Kongsi :
Previous post Tarikh luput vaksin COVID-19 dipanjangkan
Next post ‘Formula 1’ di Tanjung Bidara
Ubah saiz-+=