
237 asnaf terima ayam percuma
MERLIMAU 6 April – Selain menjual daging ayam pada harga paling murah di negeri ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh turut menghadiahkan makanan basah itu kepada asnaf kurang berkemampuan.
Beliau berkata, pendekatan yang digunakan itu diharap membantu meringankan kos perbelanjaan asnaf khusus pada Ramadan kali ini.

“Semalam (3 April) kita jual ayam, hari ini (4 April) kita hadiahkan ayam untuk semua asnaf dan keluarga kurang berkemampuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
“Mengikut senarai dan ‘google form’ kami edarkan beberapa minggu yang sudah, jumlah asnaf dan keluarga kurang berkemampuan dalam DUN Merlimau yang berdaftar dengan kami adalah seramai 237 keluarga.
“Jadi insyaAllah kita sampaikan seekor ayam kepada semua keluarga asnaf berdaftar dengan kami,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya 3 April lalu.
Katanya kepada asnaf belum menerima sumbangan daging ayam berkenaan, diminta menghubungi pihaknya dengan segera bagi tindakan lanjut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERENDAK BERSELAWAT SATUKAN 3,000 JIWA, HATI
SUNGAI UDANG 31 Julai - Alunan qasidah dan selawat bergema mengisi ruang Pavilion Kem Terendak apabila dianggarkan 3,000 umat Islam...
MAIM SANTUNI KELUARGA MANGSA NAHAS IMTIYAZ ULUL ALBAB
MASJID TANAH 30 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Skuad Agihan Zakat (SAZ) tampil menyantuni keluarga pelajar Sekolah...
EKONOMI BIRU BUKA 10,000 PELUANG PEKERJAAN UNTUK ANAK MELAKA
KUALA LINGGI 30 Julai - Projek Kuala Linggi International Port (KLIP) dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi biru negeri apabila...
PELABUHAN ANTARABANGSA KUALA LINGGI CAPAI KEMAJUAN LEBIH 10 PERATUS
KUALA LINGGI 30 Julai - Projek Kuala Linggi International Port (KLIP) terus menunjukkan perkembangan positif apabila kerja-kerja penambakan laut berjaya...
55,000 PEMILIK HARTA TERIMA EBILL MPAG
ALOR GAJAH 30 Julai - Seramai 55,000 pemilik harta di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kini boleh menikmati...
MELAKA BUKA LALUAN KERJAYA PENERBANGAN BUAT ANAK B40
KESIDANG 30 Julai - Seramai 20 anak Melaka daripada golongan B40 menerima tajaan latihan bernilai hampir RM10 juta daripada International...
