Sorting by

×

25 restoran di Melaka tawar Menu Rahmah – KPDN

Masa Membaca:54 Saat

BANDA HILIR 6 Februari – Sekurang-kurangnya sebanyak 25 restoran di Melaka menyahut saranan kerajaan dalam menyediakan Menu Rahmah berharga RM5 kepada rakyat, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka.

Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar berkata, jumlah itu menunjukkan perkembangan positif dan pihaknya kini sedang berusaha untuk menarik lebih ramai peniaga menyertai inisiatif tersebut.

“Setakat ini 25 pengusaha kedai makanan dan restoran telah bersetuju, dan kita jangkakan akan lebih ramai lagi yang dapat menawarkan Menu Rahmah ini di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat pemantauan di Restoran Asam Pedas Selera Kampung, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga bakal mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama persatuan peniaga Muslim dan peniaga tomyam di negeri ini.

Katanya, perbincangan itu perlu memandangkan terdapat peniaga yang masih keliru dengan inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan itu.

“Kita sedang berurusan dengan persatuan-persatuan peniaga, setakat ini ramai yang berminat namun keliru dengan pelaksanaan termasuk tanggapan menu ini perlu diadakan setiap hari, tetapi sebenarnya ia bergantung kepada kemampuan mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5543
Kongsi :
Previous post Menu Rahmah: Asam pedas pertama Melaka berharga RM5
Next post ‘Simpanan’ yang menguntungkan
Ubah saiz-+=