Sorting by

×

‘Simpanan’ yang menguntungkan

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

Tahukah Anda? Terdapat simpanan ataupun saham yang memberi keuntungan kepada kita secara berterusan sekalipun setelah kita meninggal dunia. Simpanan ini juga yang akan membantu kita di akhirat kelak. Apakah bentuk simpanan tersebut?

Hadis Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:

“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa daripada anaknya yang soleh.” (Hadis riwayat Muslim).

Hakikatnya, harta yang dimiliki terdapat hak milik orang lain di dalamnya dan wajib dizakatkan apabila cukup syarat wajib zakat. Allah SWT telah berjanji untuk melimpahkan banyak faedah dan keistimewaan bagi golongan yang menunaikan zakat. Antaranya adalah:

1. Diberi keteguhan iman dengan mensyukuri segala nikmatNya, meningkatkan akhlak mulia dengan nilai kemanusiaan yang tinggi, menghindari sifat kikir dan kedekut serta memberi ketenangan hidup di dunia dan akhirat.

2. Diberi peluang membantu golongan yang amat memerlukan bantuan; iaitu golongan yang berhak ke arah menjamin kehidupan yang lebih baik dan selesa supaya dapat lebih beribadah kepada Allah SWT. Secara tidak langsung juga dapat mengbanteras sifat iri hati, hasad dengki yang mungkin boleh timbul apabila orang kurang berkemampuan melihat kesenangan orang yang lebih kaya.

3. Dapat menyucikan diri dari dosa, membersihkan jiwa dan mewujudkan rasa murah hati dan peka dengan kehidupan manusia di sekeliling.

4. Dapat pahala yang berlipat ganda dan harta akan menjadi lebih berkat serta tidak akan berkurangan.

5. Melunaskan zakat juga boleh menjadi ubat dan penawar segala penyakit dan dapat menjauhkan diri dari azab seksaan api neraka.

Kesimpulannya, zakat adalah salah satu simpanan yang amat menguntungkan demi mendapatkan keberkatan dari Allah SWT. Apabila zakat dihayati, maka barulah lahir keindahannya dalam kehidupan manusia supaya dapat meniti pula laluan yang kekal abadi di akhirat kelak.

Sebarang pertanyaan dan pembayaran zakat bolehlah layari www.izakat.com atau menghubungi di talian 1-300-88-0233 di Zakat Melaka atau tinggalkan mesej di talian whatsapp 011-58583885 untuk info lebih lanjut.

Zakat – “Bersih Jiwa Suci Harta”

Sekian terima kasih.

Tulus Ikhlas Dari,

(Datuk Hj. Ibrahim Bin Fadzil)
Ketua Pegawai Eksekutif,
Zakat Melaka,
Majlis Agama Islam Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3886
Kongsi :
Previous post 25 restoran di Melaka tawar Menu Rahmah – KPDN
Next post Bekalan kurang, harga sayur naik sehingga 20 peratus
Ubah saiz-+=