26 ‘tahi judi’ kena cekup

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 13 Julai – Seramai 26 kaki judi ditahan dalam Op Dadu Khas Polis Kontinjen Melaka dalam menangani gejala perjudian dalam negeri ini pada 6 hingga 10 Julai lalu.

Ketua Polis Melaka Datuk Datuk Zainol Samah berkata, dalam Op Dadu Khas itu melibatkan 31 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka.

Katanya, kesemua mereka ditahan secara berasingan melibatkan tangkapan di Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

“Kesemua tangkapan secara berasingan adalah berdasarkan maklumat yang diterima dari masyarakat sekitar daerah terbabit dan menerusi maklumat orang awam pihak polis mengambil tindakan untuk menahan mereka yang terlibat dalam judi online (JOL) dan penjualan loteri haram tanpa lesen.

“Seramai 26 orang ditahan berusia dari awal 20 tahun hingga 50 tahun dan pihak polis turut merampas sejumlah wang tunai yang dikenal pasti hasil daripada menjalankan perniagaan judi online dan judi loteri haram.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Sek 4A(a) ARJT 1953,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Zainol berkata polis Melaka sentiasa komited dalam menangkis gejala perjudian khususnya perjudian dalam talian yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Katanya, pelbagai tindakan berkesan akan diambil dalam usaha membanteras gejala itu daripada terus menjadi ‘barah’ di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1347
Kongsi :
Previous post DUN Melaka bersidang 25-27 Julai
Next post PMM tawar kepakaran pendidikan kepada murid sekolah
Ubah saiz-+=