
273 mangsa banjir masih berlindung di lapan PPS
KUALA LUMPUR, 9 Feb – Sebanyak 273 mangsa banjir masih berada di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini.
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Negeri melaporkan 200 orang berada di empat PPS di Kuantan; 12 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut manakala 21 lagi di Balai Raya Ulu Sungai, Raub.
Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan empat lokasi sungai di Pahang melebihi paras bahaya iaitu Sungai Lipis di Batu Malim, Raub; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan dan Sungai Keratong di Rompin.
DI KEDAH, mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SM Agama Madrasah Insaniah Jangkang, dekat Kulim kekal 18 orang daripada enam keluarga.
Sekretariat JPB Daerah Kulim Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata semua mangsa adalah dari Kampung Padang Limau dekat Mukim Karangan.
Di JOHOR, JPB Negeri memaklumkan 22 orang ditempatkan di Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak, Segamat, berikutan kediaman mereka masih digenangi air banjir.
Cuaca di semua 10 daerah di Johor diramal cerah pagi ini manakala Sungai Bekok di Batu Pahat melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.91 meter.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPHTJ SEMAI SEMANGAT SAYANGKAN ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN KOMUNITI
AYER KEROH 5 Januari - Usaha menceriakan persekitaran awam dan memupuk kesedaran berhubung alam sekitar dalam komuniti diteruskan Majlis Perbandaran...
DUA ANGGOTA APM, GURU CEDERA AKIBAT KEMALANGAN
AYER KEROH 5 Januari - Dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Tengah cedera selepas kenderaan pacuan empat roda...
PMM CATAT SEJARAH, TERSENARAI TEMPAT KE-199 DUNIA UI GREENMETRIC 2025
MERLIMAU 5 Januari – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) mencipta sejarah tersendiri apabila tersenarai pada kedudukan ke-199 dunia daripada 1,745 universiti...
PELEBARAN JALAN ATASI KESESAKAN DI HADAPAN SK SERI BEMBAN
BEMBAN 5 Januari - Isu kesesakan lalu lintas di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bemban terutama pada waktu puncak berjaya...
LAWATAN TURUN PADANG KENAL PASTI PUNCA BANJIR DI ASAHAN
ASAHAN 5 Januari – Langkah penyelesaian jangka pendek dan panjang akan dilaksanakan bagi mengenal pasti punca banjir berulang di beberapa...
TIGA DITAHAN MILIKI SENJATA API TANPA LESEN DI JASIN
JASIN 5 Januari – Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita selepas dipercayai memiliki senjata api dan amunisi tanpa lesen...
