Penyelarasan, penyusunan semula elak ‘rampas’ tempat parkir awam

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KLEBANG 9 Februari – Penyelarasan dan penyususnan semula petak perniagaan di kawasan Dataran Klebang serta Pantai Klebang di sini, akan menyelesaikan isu parkir kenderaan digunakan bagi aktiviti perniagaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, satu pelan induk pembangunan untuk kawasan di Pantai Klebang, khususnya perlu dibuat supaya bukan sahaja aktiviti perniagaan dapat berlangsung dengan lancar begitu juga dengan aliran trafik.

Beliau berkata, Pantai Klebang bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong untuk beriadah malah penduduk Melaka sendiri menjalankan aktiviti reakrasi.

“Beberapa hari lepas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) baharu bersama beberapa pegawai ada datang melawat ke Klebang dan kita dalam proses penyusunan semula petak serta tapak perniagaan di Dataran Klebang dan Pantai Klebang.

“Kita akan adakan mesyuarat penyelarasan untuk kita susun dan buat perancangan di kawasan ini. Sebagai Adun saya sokong sepenuhnya penyusunan semula yang bakal dibuat itu.

“Kerana dengan penyelarasan yang dibuat itu nanti ia akan mewujudkan satu persekitaran yang baik bukan sahaja kepada peniaga, penjaja, dan penduduk tetapi pelancong yang datang,” katanya.

Ujarnya, dengan penyusunan semula dan garis panduan yang lebih jelas itu nanti ia akan memberi kebaikan bersama termasuklah kepada pihak MBMB dalam mengawal kebersihan serta keselamatan.

Mengulas lanjut, Ban Hong berkata, tindakan peniaga atau individu yang melakukan ‘cop’ parkir untuk kepentingan sendiri adalah tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberi kesan kepada pihak lain.

“Kalau ikut peraturan MBMB sedia ada, parkir itu untuk orang awam, tiada sesiapa yang boleh menggunakan khas untuk diri sendiri kecuali dengan kelulusan MBMB.

“Saya harap agar semua patuhilah peraturan dan undang-undang ini supaya tidak berlakunya rasa tidak puas hati atau kucar kacir di peringkat bawah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2024
Kongsi :
Previous post 273 mangsa banjir masih berlindung di lapan PPS
Next post Kerajaan cari jalan penyelesaian kurangkan beban rakyat tanpa pengeluaran KWSP
Ubah saiz-+=