28 institusi tahfiz swasta Melaka terima sumbangan RM268,800

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

PENGKALAN BATU 16 Mac – Sumbangan berjumlah RM268,800 telah disalurkan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kepada 28 institusi tahfiz swasta Negeri Melaka tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penyampaian sumbangan diagihkan itu adalah kepada Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) yang berdaftar penuh di bawah MAIM.

Menurut Ketua Menteri, ia merupakan sumbangan tahunan yang disampaikan Kerajaan Negeri bagi memperkasa pendidikan Islam di negeri ini.

“Sumbangan berjumlah RM9,600 telah diagihkan secara ‘one-off’ kepada setiap 28 institusi tahfiz terlibat dengan nilai keseluruhan berjumlah RM268,800.

“Kita harap dengan sumbangan ini serba sedikit sedikit dapat meringankan beban dan membantu institusi ini menikmati dan menyambut keberkatan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Iftar Jamaie Mega Sempena Bulan Pelancongan Agama dan Program Ihya’ Ramadan 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 di Dataran Masjid Al Azim, di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya, Datul Wira Abdul Razak Abdul Rahman; serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3829
Kongsi :
Previous post Santapan rohani di Dataran Masjid Al Azim
Next post IHTIRAM: 100 imam Hafiz Tarawih Ramadan ditempatkan di masjid, surau Melaka
Ubah saiz-+=