Santapan rohani di Dataran Masjid Al Azim

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

PENGKALAN BATU 16 Mac – Pelbagai gelagat dapat dilihat di Dataran Masjid Al Azim, di sini, hari ini, apabila dibanjiri kira kira 3,000 umat Islam yang datang untuk berbuka puasa sambil mengimarahkan masjid.

Ada yang datang dengan keluarga seperti berkelah sambil mendengar ceramah agama dan tazkirah yang disediakan sempena Bulan Pelancongan Islam Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sepanjang Ramadan.

Antara pengisian yang disediakan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ialah Majlis Iftar Jamaie Mega dan Program Ihya’ Ramadan 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024.

Selain segenap lapisan masyarakat beragama Islam, majlis itu turut disertai pelajar tahfiz daripada beberapa institusi pengajian di negeri ini.

Program diadakan dengan tema ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ itu bermula pada jam 6 petang dan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya, Datul Wira Abdul Razak Abdul Rahman; serta tetamu lain.

Img 20240316 203323 884
SUASANA Majlis Iftar Jamaie Mega Sempena Bulan Pelancongan Agama Dan Program Ihya Ramadan 1445H Negeri Melaka Tahun 2024 ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ Di Dataran Masjid Al-Azim. Foto Iqmal Haqim Rosman

Majlis itu dimulakan dengan ceramah perdana bertajuk ‘Ramadan:Membujur Lalu Melintang Patah’ yang disampaikan penceramah selebriti, Ustaz Haryanto Rizal Rokman dan Ustaz Syed Muhammad Norhisyam Tuan Padang yang dikendalikan moderator, Ahmad Sabri Ahmad Harnaini.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada 28 buah Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) di Melaka dan disusuli dengan majlis berbuka puasa di dataran berkenaan.

Acara itu diakhiri dengan Solat Maghrib berjemaah di Masjid Al Azim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3448
Kongsi :
Previous post ‘Beli air untuk kawan..’
Next post 28 institusi tahfiz swasta Melaka terima sumbangan RM268,800
Ubah saiz-+=