29,042 unit penginapan pekerja diperiksa sejak awal bulan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KULIM 26 Feb. – Sebanyak 29,042 unit penginapan pekerja melibatkan 3,652 majikan, diperiksa di seluruh negara sejak awal bulan ini bagi memastikan penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dipatuhi.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata, daripada jumlah itu 317 kertas siasatan dibuka untuk tindakan lanjut, antara lain kerana kegagalan menyediakan penginapan selesa dan kondusif untuk pekerja bagi mengekang penularan COVID-19.

AWANG…29,042 unit penginapan pekerja membabitkan 3,652 majikan diperiksa di seluruh negara sejak awal bulan ini. Foto Twitter Datuk Awang Hashim.

“Kita memfokuskan kesihatan (pekerja) serta punca apabila berlaku penularan COVID-19 ini, dan penguatkuasaan Akta 446 ini sebagai salah satu usaha kerajaan untuk memerangi COVID-19 di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi bersepadu di dua premis di sini hari ini.

Antara agensi yang turut terlibat dalam operasi hari ini ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Imigresen Malaysia serta Majlis Perbandaran Kulim (MPKK).

Mengenai operasi itu, Awang berkata kedua-dua premis itu tidak merekodkan sebarang kemalangan sepanjang tahun lalu dan pihak premis juga melantik koordinator keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) untuk menguruskan isu-isu keselamatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

719
Kongsi :
Previous post Pelajar KUIM dilantik Duta Mahasiswa Bank Islam
Next post Rasuah RM6.35 juta: Bekas setiausaha politik Mat Sabu dibicara 15 Mac
Ubah saiz-+=