3 lokasi ‘wajib’ singgah Tahun Baharu Cina

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

MACHAP JAYA 18 Januari – Mei Hua Walk, Kampung Baru Machap Umboo dan Tokong Chee Leong Keng, Selandar, di sini, menjadi lokasi wajib singgah kepada pelawat berkunjung ke Negeri Melaka sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina 2023.

Sesuai dengan semangat perpaduan ketiga-tiga lokasi berkenaan yang juga dikenali sebagai ‘Little Beijing’ bukan khusus untuk masyarakat Tionghua semata-mata, sebaliknya semua pelawat tanpa mengira latar belakang dialu-alukan untuk singgah.

Pelawat pasti teruja dengan warna-wani tanglung dan lampu serta pelbagai hiasan yang menceriakan persekitaran lokasi berkenaan.

Bagi yang singgah ke Mei Hua Walk, selain dapat melihat keindahan hiasan lampu, pengunjung juga turut disajikan dengan persembahan tarian tradisional.

photo1673969995
ORANG ramai yang berkunjung ke Kampung Machap Umboo yang dihiasi dengan perhiasan lampu sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Foto Iqmal Haqim Rosman

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Ngwe Hee Sem berkata, ianya bagai satu kepuasan dan kegembiraan buat penduduk setempat apabila hasil kerja mereka ini dihargai serta mendapat sambutan.

Katanya, kesepakatan jawatankuasa dan penduduk setempat yang bersatu hati meneruskan hiasan ini sejak belasan tahun lalu setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina adalah sesuatu yang membanggakan.

“Tidak dinafikan tiga lokasi ini mempunyai tarikan tersendiri hasil daripada hiasan lampu dan tanglung disusun begitu menarik.

“Pada kebiasaan apabila menjelang sambutan Tahun Baharu Cina orang ramai akan datang ke sini untuk merasai suasana dan bergambar bersama keluarga. Orang Melayu dan India antara yang tertinggi singgah,” katanya ketika ditemui 17 Januari lalu.

photo1673969923
EXCO Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Penggguna negeri, Ngwe Hee Sem beramah mesra bersama orang ramai yang berkunjung ke Meihua Walk yang dihiasi dengan perhiasan lampu sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Machap Baru, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau yang juga Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri kedatangan pelawat turut memberikan tempias kepada pengusaha restoran berhampiran.

“Baru-baru ini kami menerima kunjungan rombongan dari Singapura selain pelancong China sendiri yang teruja untuk melihat sendiri hiasan kami buat.

“Proses menyiapkan hiasan ini bermula sebelum Tahun Baharu Cina dan akan berakhir sejurus selesai sambutan Cap Goh Mei.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2084
Kongsi :
Previous post Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Melaka pada 23 Januari
Next post Maut ketika cuba memotong
Ubah saiz-+=