
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Melaka pada 23 Januari
MACHAP JAYA 18 Januari – Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 Negeri Melaka akan diadakan pada 23 Januari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata, majlis yang diadakan di di Dewan Besar Kampung Permai, Machap Umboo, itu dijangka akan dihadiri lebih 5,000 tetamu daripada berbilang kaum, agama dan bangsa.
“Kita menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan majlis rumah terbuka yang akan berlangsung bermula jam 8 hingga 10.30 malam.
“Sudah pasti, tetamu yang hadir akan disaji dan dijamukan dengan pelbagai hidangan menarik,” katanya yang juga Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri.
Ujarnya, bagi memastikan majlis berjalan lancar dan meriah, persiapan rapi serta teliti akan dilakukan oleh jawatankuasa dan mereka yang ditugaskan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI BAHARU DILAHIRKAN DITINGGALKAN DI BAHU JALAN
SUNGAI PETANI 13 Julai - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan ditemukan tanpa pakaian dan tidak berlapik di atas...
PESISIR PANTAI MENGHADAP SELAT MELAKA JADI CADANGAN LOKASI KEMUNCAK WTD 2025
DUYONG 13 Julai - Kawasan pesisir pantai menghadap Selat Melaka di sekitar Klebang dicadang sebagai lokasi acara kemuncak Hari Pelancongan...
GENDANG SUDAH DIPALU, WRUR DUYONG DIBUKA TIRAI SECARA RASMI
DUYONG 13 Julai - Paluan gendang sebanyak enam kali menjadi simbolik kepada pembukaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
ECO CRUISE TASIK CHINCHIN TAWAR PELAYARAN MENDAMAIKAN
RIM 13 Julai - Melaka kini memiliki satu lagi produk pelancongan air menarik iaitu Eco Cruise Tasik Chinchin yang bakal...
MAIM PERMUDAH HIDUP BAHARU PASANGAN MUALAF
KESIDANG 13 Julai - Hanya ucapan terima kasih dapat diungkapkan pasangan pengantin mualaf kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kerana...
‘JAGA SUNGAI BUKAN MUDAH, TAPI BERBALOI’
BANDARAYA MELAKA 13 Julai - Tugasan bermula awal pagi, berpanas dan menghidu bau kurang menyenangkan, tidak mematahkan semangat dua anak...