30 usahawan kampung pelajari platform e-dagang

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

ASAHAN 5 Disember – Seramai 30 usahawan mikro dan sederhana daerah Jasin diberikan pendedahan mengenai kemahiran menggunakan platform e-dagang bagi mempromosikan produk tempatan mereka ke pasaran lebih luas.

Rakan Digital (RD) Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Tun Ghafaar Air Kangkong, Muhammad Hamizan Hassan berkata, insiatif itu dilaksanakan menerusi penganjuran Program Usahawan Digital PUPUK@Shopee (Kelas Asas Shopee) baru-baru ini.

“Kita mahu semua usahawan mikro dan sederhana di daerah Jasin ini celik teknologi maklumat (IT) dalam menggunakan platform e-dagang yang menjadi pilihan peniaga waktu ini.

“Saya percaya program ini memberi peluang kepada mereka (usahawan) untuk mendigitalkan perniagaan secara dalam talian, selepas ini usahawan kampung juga sama hebat dengan usahawan lain yang sudah terkenal,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Turut hadir pada program itu, Pengurus PEDi Felda Tun Ghaffar Air Kangkong, Siti Nuraina Md Adis.

Katanya, pada program itu usahawan terlibat turut diberikan pendedahan mengenai aplikasi Jendela Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagaimana untuk mencari PEDi yang berdekatan kediaman mereka.

Program anjuran bersama Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Peringkat Negeri Melaka dan Rakan Digital (RD) Kluster Jasin itu turut disertai usahawan mikro AIM Jasin.

Whatsapp Image 2023 12 05 At 15.57.20 2c1ef477
NTARA usahawan mikro dan sederhana Jasin yang hadir pada program itu.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

947
Kongsi :
Previous post 14 kampung di Melaka dinaik taraf sebagai Kampung Digital
Next post Polis Besut tahan dua lelaki rompak kedai serbaneka
Ubah saiz-+=