300 ‘bikers’ semarakkan Hari Malaysia 2022

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

SUNGAI RAMBAI 16 September – Kembara Hari Malaysia melibatkan 300 motosikal berkuasa tinggi bakal menggegarkan sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, malam ini.

Konvoi sejauh 140 kilometer itu diketuai Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berlepas pada jam 8.30 pagi dari Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Rambai.

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, penglibatan menggalakkan daripada peserta itu membuktikan rakyat Malaysia menjiwai Hari Malaysia.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 10.55.05 AM
PESERTA Konvoi Kembara Hari Malaysia dilepaskan.

“Penyertaan memang kita jangka cukup hebat dan ia mendapat sambutan daripada bikers luar Melaka. Ini satu bukti bahawa rakyat benar-benar menjiwai Hari Malaysia yang disambut kali ini selepas dua tahun kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya percaya deruman enjin motosikal berkuasa besar ini dapat menarik perhatian orang ramai untuk menyambut hari bersejarah ini di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan malam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan gimik pelepasan Kembara Hari Malaysia di RNR Sungai Rambai.

Turut menyertai kembara itu Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 10.56.01 AM
SEBAHAGIAN peserta yang mengambil bahagian dalam Konvoi Kembara Hari Malaysia.

Jelasnya, peserta kembara akan berehat di lima hentian selepas RNR Sungai Rambai bagi menyebarkan mesej patriotik.

“Akan ada lima ‘pit stop’ peserta kembara iaitu di Perkampungan Hang Tuah Duyong, Dataran Sejarah Ayer Keroh, Masjid Ar-Rasyidin Alor Gajah, UNIMEL Kuala Sungai Baru dan Selat Avenue.

“Semua peserta akan berkumpul di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3242
Kongsi :
Previous post Hari Malaysia pemangkin perpaduan rakyat – PM
Next post Syabas dan tahniah Abang Ishak – KM
Ubah saiz-+=