Sorting by

×

3,000 kupon diagih sempena ‘mantai’ Ramadan

Masa Membaca:54 Saat

BUKIT KATIL 21 Mac – Sebanyak 3,000 kupon diskaun bernilai RM5 diagihkan kepada pengunjung di Pasar Tani Bukit Katil menerusi Program Melaka Madani 2023 Jualan Pra Ramadan, hari ini.

Pengerusi Biro Ekonomi DMDI, Datin Seri Azreen Abu Noh berkata pengguna boleh menebus kupon diberikan itu dengan pembelian daging dan ayam segar semasa program berlangsung.

“Dengan adanya program begini kita dapat meningkatkan ekonomi para peniaga selain membantu menstabilkan kos sara hidup rakyat.

“Justeru itu, tapak pasar tani ini dijadikan sebagai sebuah pusat komersil berdaya saing dan strategik untuk kepentingan rakyat negeri Melaka.

“Melalui program ini, kita mengedarkan kira-kira 3,000 kupon diskaun bernilai RM5 kepada pengunjung untuk mereka membeli bahan mentah seperti daging dan ayam segar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian program berkenaan di tapak Pasar Tani Bukit Katil di sini hari ini.

Katanya, menerusi program itu juga diharap lebih banyak kupon akan diedarkan kepada orang ramai untuk membeli barangan keperluan harian.

“Dengan penganjuran program ini diharap semua pihak khususnya rakyat Melaka akan mendapat manfaat yang optima,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

929
Kongsi :
Previous post Mayat lelaki lemas ketika memancing ditemukan
Next post Dua parah, Vellfire rempuh lori 15 tan
Ubah saiz-+=