300,000 penduduk Arab Saudi terima vaksin COVID-19, tiada kesan sampingan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

RIYADH 23 Feb. – Kira-kira 300,000 penduduk di Arab Saudi sudah menerima vaksin COVID-19 setakat ini tanpa sebarang kesan sampingan, kata kementerian kesihatan di negara itu, pada Ahad.

Portal ARAB NEWS melaporkan jurucakap Kementerian Arab Saudi, Dr. Mohammed Al-Abd Al-Aly berkata, vaksin merupakan kunci dan senjata ampuh yang akan menjamin kesihatan rakyatnya daripada wabak COVID-19.

Menurutnya, warganegara dan penduduk yang mempunyai kad pengenalan atau kad permastautin yang sah layak menerima vaksin melalui aplikasi ‘Sehaty’.

Al-Abd Al-Aly juga berkata, setakat ini tiada kesan sampingan vaksin yang dikesan pada setiap penerima.

“Mengikut rekod kes yang disahkan, pemulihan dan kes kritikal dilihat bergerak ke arah positif dan menunjukkan penurunan,” lapor ARAB NEWS.

Arab Saudi memulakan kempen inokulasi pada 17 Disember 2020 dan merupakan Negara Arab pertama yang menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech.

Arab Saudi mengesahkan sebanyak 176 kes baharu jangkitan COVID-19 pada Ahad lalu sekali gus menunjukkan peningkatan kepada 364,929 kes dengan 1,919 adalah kes aktif yang masih menerima rawatan dan 319 kes kritikal.

Kerajaan juga mengesahkan lima kematian direkodkan berkaitan dengan virus itu dalam tempoh 24 jam dengan 146 orang telah sembuh.

Menurut Al-Abd Al-Aly lagi, semua pusat dan kemudahan berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Arab Saudi akan terus memberikan perkhidmatan kesihatan termasuk melakukan ujian dan pemeriksaan di seluruh negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

473
Kongsi :
Previous post Jangan pertikai hukum pengambilan vaksin – Kamaruddin Sidek
Next post Kemaskini MySejahtera untuk daftar suntikan vaksin COVID-19
Ubah saiz-+=