
324,745 dos suntikan vaksin COVID-19 diberi semalam
KUALA LUMPUR 11 Julai – Sebanyak 324,745 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,075,493 dos.
Menerusi hantaran di Twitter hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,971 adalah dos pertama manakala 110,774 adalah dos kedua.
Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 78,081 orang, disusuli Sarawak (62,241), Kuala Lumpur (46,695), Perak (24,067) dan Negeri Sembilan (19,563).
Sehingga semalam, katanya, jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 dos pertama ialah 7,649,848 dan dos kedua 3,425,645.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MASA DEPAN MELAKA SEMAKIN BAIK
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Masa depan Melaka kini semakin baik apabila nilai pelaburan masuk ke negeri ini terus meningkat,...
390 CALON SPM MELAKA RAIH SEMUA A
ALOR GAJAH 31 Mac – Seramai 390 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Melaka berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A,...
MELAKA SEJAHTERAHKAN HIDUP RAKYAT, KEBAJIKAN LEBIH 100,000 GOLONGAN MEMERLUKAN TERBELA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Mensejahterakan hidup rakyat Melaka menjadi antara pencapaian utama pentadbiran Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun...
PERJUANGAN SAYA UNTUK RAKYAT TIDAK AKAN BERAKHIR – KM
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Walaupun tempoh Kerajaan Negeri akan berakhir pada hujung tahun ini, namun Ketua Menteri Datuk Seri...
3 TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI: ‘BIAR RAKYAT MENILAI’
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi ruang kepada rakyat untuk menilai sendiri...
KAMPUNG DIGITAL : 80 PERATUS PENDUDUK KAMPUNG PERIGI HANG TUAH ADA QR
DUYONG 31 Mac – Inisiatif Kampung Digital diperkenalkan Kerajaan Negeri terus menunjukkan perkembangan positif apabila kira-kira 80 peratus penduduk Kampung...
