356,260 benih ikan dan udang dilepaskan di perairan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

SUNGAI RAMBAI 30 Oktober – Jabatan Perikanan Negeri Melaka melepaskan sebanyak 356,260 ekor benih ikan dan udang di perairan Melaka pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, pelepasan benih sumber makanan laut itu bagi memastikan matlamat untuk melestarikan alam sekitar selain memulihara sumber dan biodiversiti perikanan darat.

Katanya, pelepasan benih ikan dan udang itu juga dapat menambah stok di perairan umum sekali gus meningkatkan jaminan bekalan makanan.

“Sebanyak 256,260 ekor benih ikan meliputi spesis lampam sungai, baung dan udang galah dilepaskan oleh Jabatan Perikanan Negeri Melaka bagi tahun 2022.

“Hari ini sahaja, sebanyak 100,000 ekor benih ikan dan udang galah dilepaskan di perairan Sungai Kesang,” katanya.

AC791125-AF6A-4FBA-9D1B-77E61BFFE24D
AHMAD menyaksikan pelepasan benih ikan dan udang di Laman Belia Sungai Kesang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pesta Jejaki Udang Galah di Sungai Kesang Peringkat Daerah Jasin di Laman Belia Sungai Rambai di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis dan Pengarah Perikanan Negeri Melaka, Mohd Fauzi Salehon.

Dalam majlis berkenaan, Ahmad turut menyerahkan Sijil Lesen Sampan Khas kepada 12 nelayan Daerah Jasin.

Beliau berkata, seramai 194 pemilik sampan di Melaka layak menerima lesen berkenaan sejak tahun lalu selepas menghadiri temuduga dijalankan Jabatan Perikanan Negeri.

“Jumlah tangkapan di Melaka adalah lebih kurang 23 peratus sahaja, yang lain (sumber makanan laut) terpaksa dibeli atau dibawa dari luar.

“Itu sebabnya Ketua Pengarah Perikanan sentiasa membuat pemantauan dan pemutihan, kita tapis habis-habisan lesen kerana jika diberikan begitu sahaja mereka turun ke laut tangkapan ikan tidak ada, pun tidak boleh juga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2305
Kongsi :
Previous post Koperasi kawal perbelanjaan, cari keuntungan – SKM
Next post Nasib nelayan tidak dipinggirkan, tambah baik elaun sara hidup
Ubah saiz-+=