
4 jam pujuk lelaki ‘mental’ cuba bunuh diri atas menara
PENGKALAN BATU 2 Julai – Seorang lelaki dipercayai pesakit mental cuba membunuh diri dari atas menara telekomunikasi di Lorong Hj Sabtu, Kampung Bachang, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, lelaki berusia 34 tahun yang juga dipercayai penagih dadah itu memanjat ke puncak teratas menara berkenaan sebelum disedari orang awam yang kemudiannya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.
Jurucakap JBPM Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.12 pagi sebelum menggerakkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah ke lokasi.
Katanya, setiba di lokasi, lelaki berkenaan sedang berada pada ketinggian anggaran 45 meter di atas menara.
Anggota bomba kemudiannya bertindak naik ke atas bagi memujuk lelaki berkenaan.
“Kira-kira empat jam masa yang diambil sebelum lelaki itu berjaya dibawa turun pada jam 1.44 petang.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Jurucakap itu berkata, operasi berkenaan tamat pada jam 2.53 petang selepas didapati tiada sebarang unsur bahaya di lokasi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAPAK BAZAR AIDILFITRI DAN PASAR RAMADAN KEKAL SEPERTI TAHUN LALU – MBMB
AYER KEROH 16 Januari - Lokasi dan jumlah pasar Ramadan serta bazar Aidilfitri bagi 2026 dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya...
AHLI PERNIAGAAN RUGI LEBIH RM2.7 JUTA DIPERDAYA PHONE SCAM
KUALA TERENGGANU 16 Januari - Seorang ahli perniagaan lelaki kerugian lebih RM2.7 juta selepas diperdaya sindiket penipuan telefon yang menyamar...
ISU SEWA, KESELAMATAN ANTARA DISUARAKAN PENIAGA SEBANG SENTRAL
GADEK 16 Januari - Isu keselamatan dan penyelenggaraan bangunan antara perkara yang dibangkitkan pada sesi dialog bersama 35 peniaga Terminal...
WANITA MAUT MOTOSIKAL DIREMPUH VAN LANGGAR LAMPU MERAH
ALOR SETAR 16 Januari - Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah van Thailand yang melanggar lampu isyarat merah...
MPHTJ SEDIA 10 TAPAK PASAR RAMADAN, DUA BAZAR AIDILFITRI 2026
AYER KEROH 16 Januari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyediakan sebanyak 10 tapak pasar Ramadan dan dua tapak...
PENGANJURAN PELBAGAI PROGRAM PELANCONGAN RANCAKKAN JUALAN KRAFTANGAN
BANDA HILIR 16 Januari - Penganjuran pelbagai program pelancongan bertaraf nasional dan antarabangsa oleh Kerajaan Negeri bermula dengan kempen Tahun...
