5 ‘port hiking’ terbaik di Melaka

Masa Membaca:2 Minit, 55 Saat

AKTIVITI ‘hiking’ atau mendaki kini menjadi antara fenomena baharu dalam sudut pelancongan seluruh negara.

Mana tidaknya, ada dalam kalangan ‘kaki hiking’ sanggup menjelajah ke bukit-bukit mahupun gunung seluruh pelusuk negara bagi menguji ketahanan diri masing-masing menempuh perjalanan yang mencabar.

Faktor mahu lari dari kesibukan kota dan menikmati panorama indah di puncak menjadikan aktiviti ini semakin menjadi ‘trend’ dalam kalangan warga bandar dan anak muda.

Jika anda mencari tempat mendaki atau ‘hiking’ di Melaka, artikel ini adalah carian tepat untuk anda sesuai dengan ‘tagline’ Mana Lagi, Melaka Ler.

1. Bukit Gapis @ Gunung Melaka
Bukit Gapis @ Gunung Melaka

1. Bukit Gapis @ Gunung Melaka

Terletak di Nyalas, Asahan, Gunung Melaka semakin popular dan menarik minat ramai kaki ‘hiking’ seluruh negara selepas diisytihar sebagai gunung secara rasmi pada Oktober 2020.

Gunung Melaka ini mempunyai ketinggian 489 meter, ia menjadi salah satu tarikan produk pelancongan baharu di Melaka, setiap ‘check point’ juga sudah dipasang papan tanda selain pintu gerbang dibina di kaki gunung yang menjadi laluan kaki ‘hiking’ untuk ke puncak.

 

2. Machap Hill
Machap Hill

2. Machap Hill

Machap Hill atau sebelum ini dikenali sebagai Bukit Menggong, bakal menjadi tumpuan ‘kaki hiking’ apabila trek pendakiannya selesai dibuat dan dibuka pada Mei depan.

Lokasi pendakian ini dikatakan agak mencabar, namun mereka yang berjaya pastinya akan terpukau dengan pemandangan indah di puncak bukit.

Selain aktiviti pendakian, Machap Hill juga bakal dijadikan sebagai lokasi sukan motosikal lasak (motocross) apabila laluan atau trek untuk aktiviti itu siap sepenuhnya.

 

3. Bukit Batu Lebah
PENDAKIAN mencabar di Bukit Batu Lebah.

3. Bukit Batu Lebah

Terletak di Hutan Simpan Bukit Senggeh, jika ingin mendaki bukit ini anda perlu membuat persediaan mental dan fizikal sebelum melangkah masuk ke zon kehijauan ini.

Ini kerana terdapat tiga cabaran boleh dipilih pendaki sama ada melalui kawasan mudah iaitu laluan satu setinggi 208 meter, ataupun mahukan yang lebih mencabar di laluan dua (411 meter) dan laluan tiga (431 meter).

Untuk sampai ke puncak Bukit batu Lebah, pendaki perlu menelusuri empat gua iaitu Gua Kelambu, Gua Reban, Gua Tiga Tingkat dan Gua Batu Senyum yang setiap daripadanya mempunyai cabaran berbeza.

 

4. Bukit Batu Putih Tanjung Tuan
Bukit Batu Putih Tanjung Tuan

4. Bukit Batu Putih Tanjung Tuan

Terletak kira-kira 300 meter dari rumah api, anda perlu merentas hutan untuk memanjat bukit ini. Pemandangan laut dan persekitaran dapat dilihat dengan jelas dari puncak Bukit Batu Putih.

Bukit Batu Putih mendapat nama melalui batu-batu putih yang terdapat di puncak bukit ini, berketinggian 223 meter, para pendaki boleh melihat pemandangan laut yang cukup indah di atas puncak bukit ini.

 

5. Bear Hill
Bear Hill

5. Bear Hill

‘Bear Hill’ salah satu lokasi ‘hiking’ di kawasan Ayer Keroh yang sudah dikenali ramai.

Walaupun hanya dengan ketinggian 116.3 meter, kawasan ini juga dikenali sebagai ‘eye on Melaka’ kerana anda dapat menyaksikan pemandangan indah di sekitar Bandaraya Melaka dari puncak bukit.

Untuk sampai ke bukit ini anda perlu menempuh kawasan taman perumahan iaitu Taman Bunga Raya. Kawasan ini menempatkan sebuah menara telekomunikasi dan sering dijadikan kawasan riadah penduduk serta pelajar dari universiti berhampiran.

Pendakian hingga ke puncak adalah sejauh 5.2 kilometer yang mana ia mengambil masa sekitar satu hingga dua jam bergantung kepada kecergasan pendaki dan bagi mereka yang tidak biasa dengan laluan denai ada trek jalan tar yang boleh digunakan untuk pendakian santai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3530
Kongsi :
Previous post Rewang kacau bubur Melaka meriah!
Next post Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Ubah saiz-+=