Sorting by

×

57 penduduk lega terima geran tanah selepas 35 tahun

Masa Membaca:55 Saat

ALOR GAJAH 2 Sept – Isu pemilikan tanah membabitkan penduduk di Jalan Keretapi Lama, Alor Gajah, kini sudah diselesaikan selepas 35 tahun dibiar ‘tergantung’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pihaknya bersyukur apabila usaha dijalankan pihaknya sejak 2018 menemukan penyelesaian buat penduduk di kampung terbabit.

“Alhamdulillah setelah sekian lama nasib penduduk di Jalan Keretapi Lama kini diselesaikan setelah menerima kelulusan pemilikan tanah masing-masing.

“Pada fasa pertama ini seramai 57 pemilik tanah sudah menerima geran tanah selepas kita perjuangkan masalah mereka yang berlarutan sejak bertahun lamanya.

“Kita sasarkan perkara ini kepada semua penduduk yang kurang kemampuan dan kelulusan ini juga akan diterima baki kira-kira 70 penduduk pada fasa kedua nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, 57 penduduk hari ini telah menerima geran pemilikan tanah disampaikan Muhammad Jailani dalam Majlis Penyerahan Geran Tanah kawasan Jalan Keretapi Lama bersama Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah di JAPERUN Rembia.

“Saya bersyukur apabila masalah ini telah diselesaikan dan ramai yang berterima kasih selepas puluhan tahun menghadapi isu pemilikan tanah di kampung itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

497
Kongsi :
Previous post Hilang bapa, mentua angkara COVID
Next post Fasa 2 PPN: Kebenaran penginapan hotel buat anak belum divaksin akan dikaji
Ubah saiz-+=