Fasa 2 PPN: Kebenaran penginapan hotel buat anak belum divaksin akan dikaji

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

ALOR GAJAH 2 Sept – Kerajaan negeri akan menilai semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kebenaran membawa anak di bawah 18 tahun bersama menginap di hotel.

Ini berikutan kebenaran hanya diberikan buat individu yang sudah melepasi dua dos matang suntikan vaksin untuk menginap di hotel di negeri menjalani Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Exco Pelancongan, Datuk Muhammad Jailani Khamis menjelaskan, setakat ini kebenaran buat individu 18 tahun masih dalam perbincangan berikutan golongan itu masih belum divaksin.

“Kita akan mengkaji semula perkara ini dan akan memutuskannya menerusi Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Perkara ini wajar dilihat semula berikutan sekiranya sektor itu dibuka nanti, pastinya ada ibu bapa yang akan membawa anak mereka untuk melancong dan perkara ini wajar diberi perhatian.

“Malah, kita juga akan berusaha untuk mempercepatkan program vaksinasi buat golongan 18 tahun ke bawah melalui pelbagai program kerajaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Pada masa sama, Muhammad Jailani berkata, penetapan SOP oleh pemain pendustri kepada orang ramai juga sudah dititikberatkan berteraskan tiga elemen utama.

“Setiap hari semua premis sektor pelancongan perlu mengemukakan bukti mereka bagi memastikan premis mereka selamat kepada pengunjung.

“Pertamanya, mereka perlu buktikan premis mereka telah disanitasi, kedua buktikan premis mereka telah dinyahkuman dan ketiga mereka perlu sahkan setiap SOP yang mereka laksanakan setiap hari.

“Garis panduan ini akan dikeluarkan dan kita akan jelaskan kepada mereka dalam masa terdekat ini,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

842
Kongsi :
Previous post 57 penduduk lega terima geran tanah selepas 35 tahun
Next post COVID: Dua kluster baharu direkodkan di Batu Berendam
Ubah saiz-+=