COVID: Dua kluster baharu direkodkan di Batu Berendam

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 2 Sept- Dua kluster baharu direkodkan dalam mukim Batu Berendam membabitkan penularan pekerja kilang, hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan berkata, kluster pertama direkodkan ialah Kluster Taman Perindustrian Batu Berendam melibatkan pekerja di sebuah kilang dalam kawasan itu.

Jelasnya, kes indeks membabitkan lelaki tempatan berusia 27 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 2 Ogos lalu hasil saringan individu bergejala dan kes mula bergejala sejak 19 Julai.

“Satu kes baharu direkodkan dengan keseluruhan 36 kes setakat ini, hasil saringan ke atas 178 individu,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, kluster kedua dikenali sebagai Kluster Jalan Industri Batu Berendam pula direkodkan setelah hasil saringan bersasar dijalankan melibatkan pekerja di beberapa kilang.

“Ujian saringan COVID-19 dijalankan ke atas 606 pekerja di Zon Perdagangan Bebas Melaka, Taman Perindustrian Batu Berendam.

“Setakat ini enam kes baharu direkodkan dengan 62 kes keseluruhan dari kluster berkenaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan negeri (JKM) merekodkan 407 kes positif baharu hari ini, iaitu 406 warganegara dan satu kes import B.

Sebanyak 13 kematian direkodkan membabitkan dengan data kebanyakannya golongan warga emas.

“Sehingga kini sebanyak 7,579 kes masih dirawat di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam dan swasta.

“Daripada jumlah itu, 78 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 24 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

489
Kongsi :
Previous post Fasa 2 PPN: Kebenaran penginapan hotel buat anak belum divaksin akan dikaji
Next post Murid tabika perpaduan zahir terima kasih kepada petugas barisan hadapan
Ubah saiz-+=