600 jemaah hadir solat subuh di Banda Hilir

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

BANDA HILIR 22 Januari – Kempen ‘Subuh Macam Jumaat’ yang sebelum ini dicetuskan oleh selebriti Alif Satar mencetuskan fenomena apabila menjadi ikutan ramai, termasuk di Negeri Melaka.

Malah, reaksi positif diterima itu juga membuatkan kebanyakkan masjid pada waktu subuh kini dikunjungi ramai umat Islam untuk solat subuh berjemaah.

Terpanggil untuk menyemarakkan lagi kempen itu dan berhasrat supaya amalan berjemaah di masjid diamalkan secara berterusan, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka mengambil inisiatif menjayakan Kempen ‘Subuh Macam Jumaat’ pada Sabtu.

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Hilir, Mohd Daniel Haizi berkata, pihaknya tidak menyangka kempen itu akan menerima sambutan yang memberangsangkan apabila Masjid An-Nur Banda Hilir dipenuhi jemaah.

“Kita anggarkan kira-kira 600 jemaah hadir untuk bersama-sama solat subuh berjemaah, malah mereka yang datang terdiri daripada pelbagai peringkat usia termasuk juga kanak-kanak.

“Ternyata kempen ini disambut baik oleh anak muda Banda Hilir dan terima kasih juga kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka, Mohd Ashraf Zainal serta badan bukan kerajaan (NGO) ACAAKUAA FAMILY yang terbabit menjayakan penganjuran ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 01 22 At 09.23.56
PELBAGAI lapisan masyarakat turut menyertai Kempen ‘Subuh Macam Jumaat’.

Terdahulu, kempen ‘Subuh Macam Jumaat’ itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong merangkap Timbalan Exco Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Jelas Mohd Daniel, sekiranya terus mendapat sambutan, kempen itu dijangka akan diadakan secara mingguan atau harian.

“Usaha dibuat ini secara tidak langsung dapat mengubah persepsi masjid dalam kalangan masyarakat.

“Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak pengurusan serta ahli jawatankuasa Masjid An- Nur Bandar Hilir di atas kerjasama yang diberikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3119
Kongsi :
Previous post Lokasi, fasiliti dan harga tarikan Scientex Bandar Jasin
Next post Melaka mantapkan 67 jurulatih SUKMA
Ubah saiz-+=