600 waris Raden Mas Wariyon berhimpun

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

ASAHAN 24 Disember – Kira-kira 600 ahli keluarga Raden Mas Wariyon berhimpun pada perhimpunan keluarga yang julung kali diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Chinchin, di sini, hari ini.

Naib Pengerusi Perhimpunan Keluarga Raden Mas Wariyon, Norzin Husin Basir, berkata, cetusan idea bagi menghimpunkan waris dibuat pada Julai lalu dalam satu pertemuan di Batu Pahat, Johor.

Katanya, menerusi perjumpaan itu mereka kemudian menubuhkan jawatankuasa bagi mengesan dan menjejak keturunan lain hingga akhirnya lapan generasi berjaya berkumpul.

Whatsapp Image 2023 12 24 At 2.17.39 Pm
NORZIN ketika berucap pada Perhimpunan Keluarga Raden Mas Wariyon

“Hasil usaha selama empat bulan, pada perhimpunan hari ini kita berjaya menghimpunkan seramai 600 ahli keluarga daripada 14 keluarga besar.

“Ini pertemuan penuh bermakna buat susur galur Raden Mas Wariyon dan juga moyang kami iaitu Shukor Marto@Ahmad, kerana kebanyakkan daripada kami ada yang tidak pernah berjumpa atau kenal antara satu sama lain.

“Menerusi perhimpunan ini juga baik generasi tua mahupun muda dapat mengeratkan silaturahim keturunan serta kekeluargaan,” katanya.

Menurutnya, pemilihan SK Chinchin sebagai lokasi perhimpunan dibuat kerana moyangnya sebelum itu menetap di Kampung Chinchin dan selepas meninggal dunia pada 1945, turut dimakamkan di kampung itu.

“Dengan kesepakatan dan kesungguhan akhirnya hasrat untuk menyatukan ahli keluarga, waris dapat direalisasi, walaupun terpaksa datang dari Kedah, Perak, Selangor dan Pahang semua itu bukan halangan.

Whatsapp Image 2023 12 24 At 2.17.05 Pm
AHLI jawatankuasa yang menjayakan Perhimpunan Keluarga Raden Mas Wariyon

Sementara itu, Pengerusi Perhimpunan Keluarga Raden Mas Wariyon Tan Sri Samsudin Hitam berkata, melihat kepada kejayaan perhimpunan itu, pihaknya berharap ianya akan diteruskan lagi pada masa hadapan dan boleh dirangka sebagai acara tahunan.

“Selain daripada warga emas seperti kami ini, perhimpunan ini memberi ruang buat generasi muda berkenalan, malah mereka amat kagum kerana hari ini baru menyedari ada sepupu serta saudara yang lain.

“Pada perhimpunan ini juga kita akan mengedarkan buku salah silah supaya generasi muda khususnya dapat menjaga salasilah keturunan hingga ke generasi seterusnya selepas kami yang berusia sudah tiada kelak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3898
Kongsi :
Previous post APM Hulu Terengganu tangkap ular sawa 5.4 meter
Next post Lelaki maut bergaduh dengan abang teman wanita
Ubah saiz-+=