
6,000 beraya di Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Serkam bersama PBT
SERKAM 26 Mei- Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam malam ini.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri Datin Seri Utama Munirah M Yusop dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Zaidi Johari.
Hadir sama, Ahli Parlimen Jasin Datuk Seri Ahmad Hamzah, Speaker DUN Datuk Ibrahim Durum, EXCO Kanan Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, barisan EXCO kerajaan negeri, ADUN serta kenamaan lain.
Majlis bermula jam 8 malam hingga 11 malam di dewan JAPERUN Serkam itu dihadiri kira-kira 6,000 tetamu.
Rumah terbuka Aidilfitri itu juga merupakan anjuran bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam Datuk Zaidi Attan merangkap EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri bersama semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GAJI PERTAMA DR. AKMAL UNTUK BAIK PULIH RUMAH NENEK
MERLIMAU 19 November – Seorang warga emas bakal menikmati kediaman lebih selesa apabila rumahnya yang uzur dan mengalami kerosakan akan...
BUKTIKAN KHIDMAT BAKTI, AZRIL FOKUS KERJASAMA KETUA KAMPUNG, PEMIMPIN KOMUNITI
REMBIA 19 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz bertekad memberikan perkhidmatan terbaik susulan sokongan...
DR. MUHAMAD AKMAL DILANTIK EXCO SAINS, TEKNOLOGI, INOVASI DAN KOMUNIKASI DIGITAL
SERI NEGERI 19 November -Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu...
S NADARAJAH DILANTIK EXCO BELIA, SUKAN DAN NGO MELAKA
SERI NEGERI 19 November – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, S Nadarajah dilantik sebagai Exco Belia, Sukan dan Badan...
HAMEED DILANTIK EXCO INFRASTRUKTUR, PENGANGKUTAN DAN UTILITI
SERI NEGERI 19 November -Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu...
FAIRUL NIZAM DILANTIK EXCO PELANCONGAN, WARISAN, BUDAYA DAN PERPADUAN
SERI NEGERI 19 November - Datuk Fairul Nizam Roslan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu...
