65 warga asing antara ditahan seleweng diesel bersubsidi

Masa Membaca:55 Saat

TABOH NANING 17 Julai – 65 warga asing antara 280 individu ditahan hasil kejayaan tangkapan membabitkan kes penyelewengan diesel bersubsidi di seluruh negara.

Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, bagi mengekang penyelewengan diesel pihaknya memeriksa 7,245 premis menerusi Operasi (Op) Tiris dilaksanakan bermula 1 Mac lalu.

“Hasil pemeriksaan kami membuka 275 kertas siasatan dan daripada jumlah itu 144 adalah kes serahan agensi.

“Nilai rampasan pula 3.01 juta liter diesel dianggarkan bernilai RM7.02 juta. Op Turus ini akan berterusan selama enam bulan dan ini bukti KPDN bersungguh-sungguh menangani ketirisan diesel,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika berucap pada Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan Sempena Hari Penguatkuasa KPDN Ke-51 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan Tahun 2023 di Kem Permata Resort, Ayer Paabas, di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam program diadakan itu telah dirasmikan Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Hadir sama Timbalannya, Senator Fuziah Salleh, Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) KPDN, Datin Roszanina Wahab.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

879
Kongsi :
Previous post Macam-macam ada di Hari Bertemu Rakyat DUN Machap Jaya
Next post Dua maut dirempuh SUV
Ubah saiz-+=