Dua maut dirempuh SUV

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KLEBANG 17 Julai – Dua penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pulau Gadong, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, Nurul Rahimah Abdul Samad, 32 yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dan Iman Nur Azrin Noriman, 18 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila SUV yang dipandu lelaki berusia 36 tahun dari arah Lebuh AMJ Cheng hilang kawalan ketika melalui jalan berkenaan.

Katanya, kereta tersebut telah masuk ke jalan bertentangan dan merempuh dua penunggang motosikal yang datang dari arah Klebang.

“Akibat pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal maut di tempat kejadian, manakala pemandu SUV mengalami kecederaan ringan di muka.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 telah dikeluarkan bagi menjalankan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian

“Pemandu kereta turut diambil sampel darah bagi mengesan sama ada terdapat kehadiran alkohol atau dadah,” katanya.

Menurut Christopher, siasatan lanjut masih diteruskan memandangkan tiada saksi tampil memberi keterangan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6696
Kongsi :
Previous post 65 warga asing antara ditahan seleweng diesel bersubsidi
Next post Butik Siti Khadijah Cheng ‘pusat sehenti’ kaum hawa
Ubah saiz-+=