Butik Siti Khadijah Cheng ‘pusat sehenti’ kaum hawa

Masa Membaca:2 Minit, 5 Saat

CHENG 17 Julai – Perusahaan telekung (pakaian solat wanita Muslim) tempatan, Siti Khadijah (SK) memperluaskan pasarannya ke bumi Melaka dengan membuka cawangan ke-47 di Cheng, Melaka.

Menjadi pusat sehenti atau ‘syurga’ membeli-belah untuk kaum hawa, butik itu menawarkan pelbagai promosi buat ahli serta pelanggan setia mereka khususnya menjelang Tahun Baru Islam 1 Muharram.

Pemilik SK Cawangan Cheng, Norfateha Hussen, 33, berkata, bermula kerjaya sebagai pembeli peribadi (personal shopper), kini usahanya membuahkan hasil apabila diberi peluang untuk memiliki butik sendiri bagi cawangan Siti Khadijah di Melaka.

“Jika dahulu setiap kali pembukaan butik Siti Khadijah saya akan hadir sebagai ‘personal shopper’ untuk pelanggan setia butik ini yang tidak dapat hadir atau tinggal jauh, alhamdulillah akhirnya butik ini menjadi milik saya.

WhatsApp Image 2023-07-17 at 15.45.40
NORFATEHA bersama pembantunya menunjukkan antara produk keluaran SK.

“Insya-Allah saya cuba tingkatkan jualan lebih-lebih lagi bulan ini bakal tiba Awal Muharam, sudah tentu pelbagai promosi ditawarkan sempena menyambut tahun baru Islam ini.

“Selain itu, bagi pelanggan yang membeli di Siti Khadijah sudah pasti mereka dapat mengumpul mata ganjaran dengan nilai yang dibayar, contohnya belian lebih RM1,000 mereka akan menjadi ahli ‘VIP’ Siti Khadijah,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Terbaharu butik pakaian solat wanita Muslim itu turut mengeluarkan produk baharu telekungnya dengan enam pilihan warna yang lebih lembut.

WhatsApp Image 2023-07-17 at 15.45.41
BUTIK Siti Khadijah Cawangan Cheng menawarkan promosi sempena Awal Muharam.

Katanya, kualiti dan jenis kain yang digunakan untuk menghasilkan telekung sudah pasti memberikan keselesaan kepada setiap pelanggannya.

“Telekung juga ada perbezaan pada reka bentuk dan material (bahan digunakan), untuk keluaran baharu telekung SK, kita tawarkan enam warna yang lembut bermula dengan harga RM278 sehelai.

“Kita akan lancarkan minggu ini, bahagian atas kepala telekung ini tiada getah, paling penting telekung ini lembut, sejuk, tidak perlu seterika, selain mempunyai perlindungan daripada sinar cahaya ultra ungu (UV).

“Jika dibandingkan harga, bagi telekung biasa bermula RM178 tetapi jika ada promosi harganya lebih murah, manakala untuk premium RM298 dan eksklusif RM400 ke atas,” katanya.

WhatsApp Image 2023-07-17 at 15.45.41 (1)
NORFATEHA menyusun tudung keluaran SK.

Norfateha berharap orang ramai khususnya warga Melaka mengambil peluang untuk singgah ke butik SK Cawangan Cheng untuk melihat dan membeli produk-produk yang ditawarkan.

“Orang Melaka boleh datang dekat butik kita dan lihat sendiri telekung yang kita jual, jangan takut harga yang mahal kerana kita turut sediakan harga yang mampu milik dengan kualiti yang baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2014
Kongsi :
Previous post Dua maut dirempuh SUV
Next post Banjir di Sungai Rambai pulih sepenuhnya
Ubah saiz-+=